Wednesday, December 19, 2012

Nasik Lemak

Sejak Aufiya dah makan macam-macam, kadang-kadang rasa malas nak masak makanan dia sudah datang. haha.. Since bila masak special untuk dia pun, bukan dia nak makan. Dia mintak makanan mama and papa jugak. Makan banyak dan berselera pulak tu! Akhirnya dibuang begitu sahaja makanan dia dan berlaku pembaziran di situ. 

Dalam minggu lepas 3 hari jer bagi bekal makanan yang dimasak oleh mama. Lagi 2 hari mama belikan nasik lemak sajer bekalkan untuk Aufiya makan di rumah pah usu. Haha.. Habislaa.. Mama sudah masuk fasa pemalas ni. Bila dah mula buat macam ni, mulalah lepas-lepas ni akan berulang lagi.;p

Alkisahnya pagi tadi kali ketiga dah pergi beli nasi lemak ni..Kejutkan Aufiya yang sedang nyenyak tidur before pergi kerja ajak dia teman beli nasi lemak sama-sama. Tak jauh pun.. selang dua buah rumah dari rumah kami jer.. So, bawak dia yang muka busuk masam, rambut berserabai tu jalan kaki sama-sama berpegangan tangan di tepi-tepi jalan.. Kereta banyak jugak lalu lalang pagi-pagi time orang sibuk pergi kerja kan.. Pagi ni dia nak pakai slipper yang ala-ala sliper jepun tu.. Baru jer nak belajar pakai seliper kepit jari ni.. sebelum ni biasa pakai seliper sarung jer.. Susah sikit la dia nak berjalan sebab macam control kepit jari kaki. Kejap-kejap macam nak tersadung.. Bila termasuk lubang dia pun melatah "Allah...(delay jap)..hu akhbar". Macam orang tua. ;p oK sampai dah kedai.. Kan dah kata tadi tak jauh.. selang 2 rumah jer. Sampai kedai nasi lemak dia dok melangut jer tengok Makcik Ada bungkus nasi, Mama bungkuskan karipap untuk Aufiya. Dah siap bungkus Makcik Ada bagi plastik kat dia. Bukan main seronok sebab dapat bawak plastik sendiri.. ;p Penuh riang wajah anak mama pagi-pagi dapat pergi kedai, jalan-jalan, bawak barang sendiri. Budak-budak suka kalau kita biarkan dia lagak macam orang dewasa ni.. Sampai jer pintu rumah dia bagi salam "acikumm..." (assalamualaikum versi Aufiya) "Papa... emmmak!" (papa.. nasi lemak!) sambil gelak-gelak tunjuk bungkusan nasi lemak kat tangan dia.. Memang seronoklah pergi beli nasi lemak dengan mama ni! hahaha.. Lepas jumpa papa, kami terus hantar Aufiya naik atas ke rumah Pah usu. Pah usu dah tunggu depan pintu. Tak sempat sampai lagi dia dah jerit "ibu.. Emmmak!" (ibu..nasi lemak!)~sambil gelak-gelak jugak. Uih.. memang betul-betul bangga dapat beli and bawak nasik lemak ni rupanya.. hahaha

Mama happy tengok anak mama happy. Hantarkan dia pada pah usu, salam and kiss menjadi rutin harian sebelum mama and papa pergi kerja and tinggalkan dia dengan pah usu. Kadang-kadang kena paksa juga. mood pagi-pagi ni agak tak menentu. ada masa ok. ada masa moody. Kalo moody tu jenuh paksa nak salam n kiss.. 

Okeylah. Mama karang panjang-panjang semoga mama tak lupa saat-saat manis dengan anak mama waktu usianya setahun sepuluh bulan ini. Later nak story lagi kisah gelagat Nur Aufiya Hana. ;)

XOXO
A.
;p (pengaruh Istanbul Aku Datang. haha)

No comments:

Post a Comment