Wednesday, December 19, 2012

Nasik Lemak

Sejak Aufiya dah makan macam-macam, kadang-kadang rasa malas nak masak makanan dia sudah datang. haha.. Since bila masak special untuk dia pun, bukan dia nak makan. Dia mintak makanan mama and papa jugak. Makan banyak dan berselera pulak tu! Akhirnya dibuang begitu sahaja makanan dia dan berlaku pembaziran di situ. 

Dalam minggu lepas 3 hari jer bagi bekal makanan yang dimasak oleh mama. Lagi 2 hari mama belikan nasik lemak sajer bekalkan untuk Aufiya makan di rumah pah usu. Haha.. Habislaa.. Mama sudah masuk fasa pemalas ni. Bila dah mula buat macam ni, mulalah lepas-lepas ni akan berulang lagi.;p

Alkisahnya pagi tadi kali ketiga dah pergi beli nasi lemak ni..Kejutkan Aufiya yang sedang nyenyak tidur before pergi kerja ajak dia teman beli nasi lemak sama-sama. Tak jauh pun.. selang dua buah rumah dari rumah kami jer.. So, bawak dia yang muka busuk masam, rambut berserabai tu jalan kaki sama-sama berpegangan tangan di tepi-tepi jalan.. Kereta banyak jugak lalu lalang pagi-pagi time orang sibuk pergi kerja kan.. Pagi ni dia nak pakai slipper yang ala-ala sliper jepun tu.. Baru jer nak belajar pakai seliper kepit jari ni.. sebelum ni biasa pakai seliper sarung jer.. Susah sikit la dia nak berjalan sebab macam control kepit jari kaki. Kejap-kejap macam nak tersadung.. Bila termasuk lubang dia pun melatah "Allah...(delay jap)..hu akhbar". Macam orang tua. ;p oK sampai dah kedai.. Kan dah kata tadi tak jauh.. selang 2 rumah jer. Sampai kedai nasi lemak dia dok melangut jer tengok Makcik Ada bungkus nasi, Mama bungkuskan karipap untuk Aufiya. Dah siap bungkus Makcik Ada bagi plastik kat dia. Bukan main seronok sebab dapat bawak plastik sendiri.. ;p Penuh riang wajah anak mama pagi-pagi dapat pergi kedai, jalan-jalan, bawak barang sendiri. Budak-budak suka kalau kita biarkan dia lagak macam orang dewasa ni.. Sampai jer pintu rumah dia bagi salam "acikumm..." (assalamualaikum versi Aufiya) "Papa... emmmak!" (papa.. nasi lemak!) sambil gelak-gelak tunjuk bungkusan nasi lemak kat tangan dia.. Memang seronoklah pergi beli nasi lemak dengan mama ni! hahaha.. Lepas jumpa papa, kami terus hantar Aufiya naik atas ke rumah Pah usu. Pah usu dah tunggu depan pintu. Tak sempat sampai lagi dia dah jerit "ibu.. Emmmak!" (ibu..nasi lemak!)~sambil gelak-gelak jugak. Uih.. memang betul-betul bangga dapat beli and bawak nasik lemak ni rupanya.. hahaha

Mama happy tengok anak mama happy. Hantarkan dia pada pah usu, salam and kiss menjadi rutin harian sebelum mama and papa pergi kerja and tinggalkan dia dengan pah usu. Kadang-kadang kena paksa juga. mood pagi-pagi ni agak tak menentu. ada masa ok. ada masa moody. Kalo moody tu jenuh paksa nak salam n kiss.. 

Okeylah. Mama karang panjang-panjang semoga mama tak lupa saat-saat manis dengan anak mama waktu usianya setahun sepuluh bulan ini. Later nak story lagi kisah gelagat Nur Aufiya Hana. ;)

XOXO
A.
;p (pengaruh Istanbul Aku Datang. haha)

Tuesday, December 18, 2012

Rindu Blog

Assalamualaikum..

Bersawang juga akhirnya blog ku ini.. Tak sempat nak update busy dengan kerja ofis yang bos bagi tak pernah menentu masa.. kadang tu time saya nak update blog la dia mai bagi kerja.. haih.. Takpelaa.. Tuntutan kerja lebih penting dari berblogging.. heheh

Okeyh! ada banyak story nak mory pasal Aufiya ni.. Semakin meningkat umurnya semakin bijak akalnya.. semakin banyak RAGAMnya! Kadang-kadang membuatkan mama dan papa hilang sabar juga.. Kesian Aufiya dapat mama and papa yang garang.. Maafkan mama and papa kalau termarah, terpukul, terkasar dengan Aufiya.. Kami ni masih berdarah muda yang cepat naik tangan, cepat rasa marah, cepat hilang sabar bila emosi tidak terkawal. Mama and papa dah janji takkan marah-marah Aufiya lagi.. Semalam kami dah discuss akan cuba mengawal emosi dan sentiasa berlembut tiap-tiap masa walaupun Aufiya buat perangai yang menguji darah muda kami sekali pun.. Insyaallah.. (Time marah, memang tak ingat apa-apa..macam hilang kawalan sekejap.. tapi bila dah tengok anak teresak, memang dan-dan tu menyesal, kesian dan rasa bersalah sangat-sangat dengan anak kecil yang tak mengerti apa-apa)
Maafkan Mama and Papa.. T_T

*bermulalah fasa yang sering ibu-ibu cakap selama ini... TANTRUM ANAK 2 TAHUN!

Tuesday, September 25, 2012

Busy

Alaaa...
busy la pulak minggu ni..
minggu depan pun bakal busy..
acaner nak sambung cerita Monday long weekend aritu..
haishh..
akan ku curik masa-masa emasku itu!
tunggu laa..
phewww~


Oh ya!
Aufiya ade join Cutest Baby Contest!
Sudi-sudilah untuk click LIKE kat link ni yer.. ---> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=469089136455692&set=a.467648599933079.18228317.236195889745019&type=1&relevant_count=1
thank youuu...

Inilah gambar yang cuba dipertaruhkan.. ;)


Actually berat sangat nak join contest-contest ni..
Pernah dah join sekali haritu.. for the first time try join contest..
menang hadiah Saguhati jer no 5 tak silap..
kali ni terdetik nak join lagi sebabb... hadiahnye menang Free Photoshoot!
I is teringin nak berfotosut ni.. hahaha
al maklumlah selama ni dok snap pic anak pakai camera fon jer..
hihihi..
itu jer tujuan join contest ni..
same-samelah merialisasikan impian Mama Aufiya ni yer..
kalau tak de rezeki, kite fotoshoot sendiri-sendiri jela pakai camera ofis papa..
itu pun ntah bila! haha

JANGAN LUPA CLICK LINK TU DAN LIKE YER!

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=469089136455692&set=a.467648599933079.18228317.236195889745019&type=1&relevant_count=1


Monday, September 24, 2012

Long Weekend Kami

Ya Allah.. dah lama mengarang rupanya lupa nak publish!
tak pelah.. kita go on jela dengan story yang agak outdated ini.. hihi

15,16 & 17 September 2012.
Last week is a long weekend for everybody right?
Korang habiskan long weekend korang pergi mana?
Kami sekeluarga tak pergi bejalan jauh pun..
Sebab hari sabtu ada henna.. dan ada jemputan kenduri tahlildi rumah Ateh Dun..
So, on Sunday kami ke Aquiaria KLCC jer..
Kami meraikan Hari Malaysia di situ.. hehe
Memang dah plan lama dah nak ke Aquaria ni..
Sejak Aufiya mula excited bila nampak fish di TV..
Everytime nampak fish jer, mesti dia terjerit-jerit“pish..pish..”
Kalau tengah main pun tiba-tiba boleh stop sekejap nak tengok fish punya pasal..

Bersiap cantik-cantik after kemas-kemas rumah,
Sidai baju, cuci pinggan (ini pun nak cerita ka?) biaqpi..haha
Keluar rumah agak lambat
After buat itu ini plus menunggu si kecik tak tidur-tidur!
Puas bagi minum susu punya la lama.. dia tak mau tidur jugakpenyudahnya..
Lebih kurang pukul 2.30 petang baru kami keluar rumah,
Masuk je kereta terus dia tidur..
Dapatlah tidur sekejap walaupun tak sampai setengah jam..nasib tak meragam.

Sampai KLCC biasalah mana pernah orang tak ramai kat sana..
Aquaria pun boleh tahan ramai orang jugak..
Adatlah Public Holiday..
Kena beratur agak panjang masa nak beli tiket.. tapi tak lama pun..
Tiket for adult RM35, kanak-kanakbelow 3 free.
Dalam 3.30ptg kami dah masukAquaria..
Yeay! Pengembaraan di dasar lautbermula…
Actually this is my second timemenjejakkan kaki di situ..
First time for papa and Aufiya..
So, papa memang meneliti setiapapa yang ada..
Lagipun dia dah pesan, janganmarah kalau dia tumpu pada satu tempat tu lama-lama.
Haha.. never mind lah my dear..enjoy you time!
Lagi boring kalau awak buat mukabosan and tak berminat langsung nak amik tau ape yang ada kat situ..
For me, agak boring jugak sebabtak ada perubahan atau kelainan pun masa saya pergi 3 years ago.. rasanya dululagi best dari sekarang.
Yang menarik sikit kali ni dapattengok piranha feeding jer.
Aufiya pulak excited tgok piranhajer!
Aquarium piranha paling depan..
Lepas-lepas tu die tak nampak apa dah..
Nampak nak kesana kemari jer..
Tunjuk fish besar-besar dia takut pulak..
Adoila.. susah betoi nak kawal si debab tu..
Tak mau berpegang tangan, tak mau berdukung..

Stroller memang tak bawak ditempat macam tu.. sangat limited untuk bergerak.
Maka, terpaksalah menanggung seksa jiwa dan raga melayan kerenah budak tak mau diam tu.
Papa larat la nak dukung..
Mama serender..
Saya Cuma biarkan dia berlari dan perhatikan jer dari jauh..
Kalau jatuh saya angkat, kalo lari sambil langgar orang saya say sorry..
Itu jer yang mampu.. asalkan si anak enjoy juga berada di dalam tu!
Haha.. mujurlah dia masuk free..




Overall OKEY laa..
Papa macam fedup sebab stress dengan Aufiya yang tak mau diam.. huhuw..
Keluar jer dari Aquaria teruskami melulu cari makanan..
Laparrrrrr… hahaha
Siapa suruh tak lunch dulu kan..
lepas isi perut bersiar-siar di Taman KLCC pula..

kasi can Aufiya mendapatkan terapi untuk dirinya dengan bermain di playground sepuas hati..
Seronok tengok anak happy, ceria ni..


sampailah kami kata ok enough, jom balik!
dia pun dengan rela hati say bye bye pada playground..
hehe..
memang kami didik dia begitu..
Alhamdulillah cukup senang bawak dia ke mana sahaja..
boleh bertolak ansur.. memahami..
tak perlu berperang bila time nak balik..
bila 'bye bye' tanda dia perlu keluar dari kawasan itu segera..
clever girl!


Piya with Papa..


Teman berbual, teman bermesra, teman berkasih sayang.. ;)

 

































Hug mama, sayang mama..



After this nak sambung cerita cuti kami pada hari Isnin pula..
no Monday blues guys!
its Monday yang ceria.. ;)

Wednesday, September 12, 2012

Surprise Birthday Party!

Bukanlah party sangat pun..
bila dah tua ni, orang disekeling kita adalah family sendiri..
Tua sudah saya ni.. semalam 11.09.12 genaplah umurku 26 tahun..
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernyawa ke saat ini dengan orang-orang tersayang..

Terima kasih mak yang telah melahirkan Meena..
Last week saya bagi mak hadiah..pos aje.. mak jauh.. hehe
hadiah yang tak seberapa untuk mak yang bersusah payah bertarung nyawa melahirkan saya ke dunia..
saya sedar dan telah pun alami pengalaman perit dan manis itu.
seronok sangat sebab mak happy gila bila hadiahnya sudah sampai.. hehe

Happy Birthday to me,
Happy Birthday to my friend Meena Adila,
Happy Bithrday to my cousin's daughter Maryam Uzma,
Happy Birthday to my friend Maryam.
Unik bukan? nama sama, birthday sama. ;)

Terima kasih kawan-kawan di fb yang tak putus-putus wish di timeline..
tak habis-habis keluar notification, 'bla bla bla posted on your timeline'..
hehehe..
almost 150 friends wish semalam..
and pagi ni pun still ada lagi yang wish..
MashaAllah.. sayang korang semua!
Majoriti wish 'semoga aufiya cepat dapat adik'..
Aiyooo.. 44orang doa, boleh termakbul oo.. hihihi
Ada rezeki, InsyaAllah.. saya terima dengan berbesar hati..
sapa tak mau anak kan..

Semalam tiada apa yang luar biasa..
Dun pun wish lepas dia solat Subuh..
kami bertiga tidur awal malam before birthday tu..
so, takdela birthday kiss tepat jam 12 tengah malam macam dua tahun lepas yer.. hehe
dapat kiss lepas solat subuh tahun ni lebih bermakna rasanya.. ;)
pergi and balik kerja macam biasa..
breakfast and lunch together..
chit chat on whatsapp..
nothing special, nothing weird..
tapiii... bila sampai rumah jer Dun mula berkelakuan pelik..
like everyday dia yang akan bukak kunci pintu rumah..tak pernah miss..
tapi semalam dengan peliknya dia suruh saya bukak kunci..
saya siap membebel lagi.. 'nape saye kene bukak ni.. selalu awak yang bukak..hishh..'
tolak jer pintu rumah.. dia jerit 'SURPRISE!!!!'





close up sikit


terhidang rapi segala kek, kuih, and kfc!
arghhh.... benci gila sebab saya tak dapat bau langsung pun trick dia tu..
ta suke! ta suke! huhuhuhu
dalam kepala otak time tu dok pikir,
'bila dia balik?' 
'rasanya tadi ade je kat ofis setiap masa' 
'patut la ade satu kunci tak payah bukak tadi..' (semua ada 4 kunci kena bukak.. tapi tadi ada 1 tak terkunci..)
rupanya dia plan baik punya dengan mama dia..
geram betul! mama siap sms lagi malam sebelum tu.. dia cakap nak balik kampung time birthday saya nanti.. sorry sebab tak sempat buat apa-apa, tak bagi hadiah.. haihshh..
Malu betul rasanya sebab saya sorang je tak menahu plan diorang..
all my makcik and cousins semua dah ready nak makan-makan..
maka, SURPRISE ini sangat menjadi! well done husband! well done MIL! hahaha
Maka, dijemputlah semua tetamu yang ada untuk menyaksikan acara memotong kek... hehe


Birthday girl ditemani baby girl.. haruslah berkepit dengan mamanye budak itu..


Suapan pertama adelah ke mulut si baby girl.. mama suap strawberry jer..


memang favret die la strawberry ni..


Piya suap mama lak.. "aaaaa.. ummmm.."
mula-mula bg sudu suruh dia suap mama, tapi dia suap masuk mulut dia dulu.. haha
takde rasa bersalah punya dia suap kek ke mulut sendiri..


Suapan dari suami yang memang suka bagi surprise sejak zaman bercintan lagi..
hadoih.. i love u sooo much darling husband! -- terdongak piya tgok papa suap mama.. hihi




suapan terima kasih susah-susah prepare semuanya.. beli kek, kcf, cream puff, buat singapore pie.. tq mama!


dapat kiss di pipi.. ;)


untuk ma usu, terima kasih jaga aufiya.. ;)


sesuap untuk opah..

Ada lagi aksi suap menyuap ni.. tapi malas nak upload.. semua budak-budak kecik yang ada semua kena suap.. ;)

My 26yo Birthday Cake.. tak sempat snap versi tak potong.. hehe.. mama beli kat sogo ni..


11 September 1986 - 11 September 2012 (alhamdulillah)


Terima kasih husband, terima kasih mama (mil), terima kasih mak usu, mama yong, anyah, opah, kak zura, angah and anak-anak, sepupu-sepupu semua kerana sudi menghabiskan semua juadah yang ada..
Pengalaman surprise pertama rasanya.. dah 26 tahun baru rasa seprais2 gini.. haha.. ok lah dari tak berpengalaman langsung.. Memang terasa diri dihargai dan disayangi.. Sayang kamu semua.. Especially my husband Hamdanawal and my munchkin Nur Aufiya Hana.. ;)


Thursday, September 6, 2012

Vocab Aufiya

Umur pun sudah mencecah 1 tahun setengah ++
semakin hari semakin banyak vocab Aufiya ni
kadang tu tiba2 jer keluar dari mulut dia
sampaikan kitorang pun pelik "eh, siapa ajar dia cakap ni"
kadang tu apa yang kami ajar lain, tapi dia sebut lain..
contohnya kami ajar dia in English, tapi dia sebut in Malay..
sebaliknya pun ada jugak...
ahaha..
Unik sungguh Aufiya ni..

rasanya rugi kalau tak rekodkan semua vocab Aufiya buat masa ni..
risau mama lupa..
bagi saya, begitu indah dan comel bahasa dan kata-kata yang keluar dari mulut Aufiya sekarang ni..
Jom kita tengok bahasa Uganda dia.. heheh.. ;)
(antara yang ada dalam ingatan jelaa)

mama
papa
baba
abah
ibu
qil (aqil)
ena (raihana)
na (husna)
ipa (syifaa)
kakak
biby (baby)
hot
edash (pedas)
duit
abong (tabung)
buah
anyun (bangun)
up
dodok (duduk/kerusi)
seyip (sleep)
abom (baring)
nenen
tutu (susu)
ndi (mandi)
jom
no no no
beg
ball
eyun (balloon)
choosh (shoes)
ambik (ambil)
epi (tepi)
mamam (makan)
dapp (sedap)
tot (biskut)
oti (roti)
mimi (mee)
boboy (boboiboy)
air
anyan (tangan)
pipi
ceh ( terima kasih )
ame-ame ( sama-sama )
moon
kum (assalamualaikum)
lam (waalaikumussalam)
akut (takut)
akit (sakit)
aam (ayam)
utang (udang)
emot (semut)
cat
abbit (rabbit)
dog
horse
duck
cicak
pish (fish)
chick-ken (chicken)
aumm (tiger)

Banyak tak vocab Aufiya ni?
may be ada lagi.. tak dapat nak capture dek akal yang asik pelupa ni..
nanti saya akan sambung lagi entry pasal vocab ni..
Insyaallah..

Mulanya saya ingat Aufiya lambat bercakap
sebab masa umur dia 6-11mos dia kurang bukak mulut (babbling)
berbanding baby lain yang agak bising mulutnya membebel itu ini
Aufiya senyap je masa tu
Aufiya pulak lambat berjalan
Dia kurang lasak
tak ada aksi-aksi mencabar yang menggugurkan jantung pun
setiap langkah penuh berhati-hati
nak tengok dia jatuh pun tak penah
baik kan anak dara i? hehe
nak kata tak aktif tak juga
sebab dia tak diam, tapi cuma pergerakan dia berhati-hati dan teliti
disebabkan itulah beratnya maintain dan tak susut walaupun dah besar
aset-aset seperti pipi dan peha masih digerami ramai..heheh
Selalunya orang tegok dia dari kecik orang akan cakap
"dah besar nanti, dah dapat kaki, susut la die ni"
Alhamdulillah.. rasanya belum nampak lagi dia mengurus..
berat tu tak turun, tapi naik sikit je la..
menten dalam kategori debab-debab.. huhu

Dari segi pemahaman..
Dia faham bila disuruh
boleh ambil remote tv,
boleh buang sampah,
Dia faham kalau makan, kena duduk di highchairnya
bila papa mama pakai cantik-cantik, dia busy mencari 'choosh' (shoose) nya, ohh cari handbag juga ;p
bila suruh lompat, pusing, lari, duduk, naik, turun semua dia faham
faham bila dilarang
even kalau dia nampak budak lain buat benda yg dilarang tu, dia akan jerit "no no no"
(macam dia dengar cakap sangat..)
faham bila dinasihat
kadang tu degil juga.. geram rasanya!
kecik-kecik dah pandai degil
pandai menyakat
apa yang kita larang tu dia nak usik-usik kita, acah-acah kita..
saja je die syok tengok respond kita marah die tu.. nakal! (turun perangai papa sangat ni..)

Sekarang dia dah pandai mengamuk
kuat merajuk okeyy..
bila merajuk mula la menunduk and sembamkan muka ke sofa, ke kapet..
tapi bukanla sembam kuat2/laju2..
penuh berhati-hati juga.. haha
kadang tu die geram sampai genggam part mana kat kita ni yg dia dapat genggam sekuat hati dia
itu tanda protes dia
nak gigit pun penah, tapi kan dia macam stop and terfikir tak jadi nak gigit
buat masa ni memang kitorg tak penah kena gigit lagi
sebab dia sempat pikir bila dia gigit nanti kena marah
haha.. tengah marah still boleh kawal nafsu marah..
Itulah uniknya Nur Aufiya Hana.. ;)

Oh yaa,, ramai yang saya dengar and baca status/komen ibu2
si anak tak diam bila nak dipakaikan pampers
jangan terkejut yer
buat masa ni saya belum pernah alami situasi itu..hihi
sejak baby sampai sekarang dia masih berdisiplin bila bersiap dipakaikan pampers and baju
sekarang advance sikit..
dah pandai angkat ponggong sendiri..
senang kerja mama tak payah susah2 angkat kaki drumstick yang berat ituw..
dah settle semua barulah dia kesana ke mari..
harapnya anak-anak ku yang akan datang pun turun la perangai kakak piya yer..

Perkembangan IQnya sangat memberansangkan..
thank you Allah kerana memberi kami seorang insan yang cerdas, cerdik
cerdik dari segi peringkat umurnya
Im very proud of you my little daughter..



Bijak bergaya..



Diam bila mama nak snap picca..                     Pose pelik-pelik..


Pasrah mahu dicucuk oleh Doctor.. ;)


This is my fav pic.. bila papa duduk and depa tangan, dia akan lari , terus berpaut untuk didukung.. ;)
Ini favret action papa kalau nak dukung piya.. 



      


Sayang Mama and sayang Papa.. ;)

Selamat Hari Raya.. hihi ;p

Lambatnyaaa update pasal raya!
hahaha..
takpelah.. kira halal lah sebab still dalam bulan Syawal kan..
Raya kan sebulannn.. hihihi

Maka dengan wujudnya post ini
Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada kawan-kawan yang membaca blog ini
maybe tak ramai yang follow and baca
sebabnya saya tak pernah lagi publish di mana-mana url blog saya ni
sebabnya berbloging ni pun sekadar suka-suka
untuk tatapan diri sendiri dan sebagai ingatan di masa akan datang
memori saya mungkin tidak tajam untuk ingat balik memori pahit dan manis
even kenangan pahit pun saya tak berapa nak ingat
saya lebih suka abaikan and teruskan kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia
abai jela kalau benda remeh temeh.. ye dak?

So, dikesempatan ini saya memohon maaf jika terover menulis pasal anak sendiri
maaf jugaklah kalau status ku di facebook terlebih kata, terguris perasaan mana-mana pihak
maaf sekiranya terrrrlalu upload gambar si anak, terlalu menceritakan perihal si anak
kadang-kadang kita ni tak sedar yang sebenarnya orang tak suka apa yang kita buat
tapi kita enjoy apa yang kita buat.. bila kita enjoy, kita happy dengan life kita
and bila kita enjoy dengan life kita, sampaikan takde masa nak pertikaikan hal orang lain
sebab kita ada life yang lebih happy dan sempurna
tak perlu lagi nak pikir and debat dengan kesenangan orang lain..
ini yang sering berlaku di facebook..
ohh dunia facebook yang penuh pancaroba. hahaha

Mohon maaf dari saya, husband dan si kecil yang ternyata tiada dosa, Aufiya.. ;)

Gambar Raya Family versi biasa..

Gambar Raya Family versi luar biasa..
(ini kerja suami ku yang tak berapa nak cukup wayarnyaa.. hahaha..
tiga hari gelak xberenti tgok gambar ni..)