Thursday, September 6, 2012

Vocab Aufiya

Umur pun sudah mencecah 1 tahun setengah ++
semakin hari semakin banyak vocab Aufiya ni
kadang tu tiba2 jer keluar dari mulut dia
sampaikan kitorang pun pelik "eh, siapa ajar dia cakap ni"
kadang tu apa yang kami ajar lain, tapi dia sebut lain..
contohnya kami ajar dia in English, tapi dia sebut in Malay..
sebaliknya pun ada jugak...
ahaha..
Unik sungguh Aufiya ni..

rasanya rugi kalau tak rekodkan semua vocab Aufiya buat masa ni..
risau mama lupa..
bagi saya, begitu indah dan comel bahasa dan kata-kata yang keluar dari mulut Aufiya sekarang ni..
Jom kita tengok bahasa Uganda dia.. heheh.. ;)
(antara yang ada dalam ingatan jelaa)

mama
papa
baba
abah
ibu
qil (aqil)
ena (raihana)
na (husna)
ipa (syifaa)
kakak
biby (baby)
hot
edash (pedas)
duit
abong (tabung)
buah
anyun (bangun)
up
dodok (duduk/kerusi)
seyip (sleep)
abom (baring)
nenen
tutu (susu)
ndi (mandi)
jom
no no no
beg
ball
eyun (balloon)
choosh (shoes)
ambik (ambil)
epi (tepi)
mamam (makan)
dapp (sedap)
tot (biskut)
oti (roti)
mimi (mee)
boboy (boboiboy)
air
anyan (tangan)
pipi
ceh ( terima kasih )
ame-ame ( sama-sama )
moon
kum (assalamualaikum)
lam (waalaikumussalam)
akut (takut)
akit (sakit)
aam (ayam)
utang (udang)
emot (semut)
cat
abbit (rabbit)
dog
horse
duck
cicak
pish (fish)
chick-ken (chicken)
aumm (tiger)

Banyak tak vocab Aufiya ni?
may be ada lagi.. tak dapat nak capture dek akal yang asik pelupa ni..
nanti saya akan sambung lagi entry pasal vocab ni..
Insyaallah..

Mulanya saya ingat Aufiya lambat bercakap
sebab masa umur dia 6-11mos dia kurang bukak mulut (babbling)
berbanding baby lain yang agak bising mulutnya membebel itu ini
Aufiya senyap je masa tu
Aufiya pulak lambat berjalan
Dia kurang lasak
tak ada aksi-aksi mencabar yang menggugurkan jantung pun
setiap langkah penuh berhati-hati
nak tengok dia jatuh pun tak penah
baik kan anak dara i? hehe
nak kata tak aktif tak juga
sebab dia tak diam, tapi cuma pergerakan dia berhati-hati dan teliti
disebabkan itulah beratnya maintain dan tak susut walaupun dah besar
aset-aset seperti pipi dan peha masih digerami ramai..heheh
Selalunya orang tegok dia dari kecik orang akan cakap
"dah besar nanti, dah dapat kaki, susut la die ni"
Alhamdulillah.. rasanya belum nampak lagi dia mengurus..
berat tu tak turun, tapi naik sikit je la..
menten dalam kategori debab-debab.. huhu

Dari segi pemahaman..
Dia faham bila disuruh
boleh ambil remote tv,
boleh buang sampah,
Dia faham kalau makan, kena duduk di highchairnya
bila papa mama pakai cantik-cantik, dia busy mencari 'choosh' (shoose) nya, ohh cari handbag juga ;p
bila suruh lompat, pusing, lari, duduk, naik, turun semua dia faham
faham bila dilarang
even kalau dia nampak budak lain buat benda yg dilarang tu, dia akan jerit "no no no"
(macam dia dengar cakap sangat..)
faham bila dinasihat
kadang tu degil juga.. geram rasanya!
kecik-kecik dah pandai degil
pandai menyakat
apa yang kita larang tu dia nak usik-usik kita, acah-acah kita..
saja je die syok tengok respond kita marah die tu.. nakal! (turun perangai papa sangat ni..)

Sekarang dia dah pandai mengamuk
kuat merajuk okeyy..
bila merajuk mula la menunduk and sembamkan muka ke sofa, ke kapet..
tapi bukanla sembam kuat2/laju2..
penuh berhati-hati juga.. haha
kadang tu die geram sampai genggam part mana kat kita ni yg dia dapat genggam sekuat hati dia
itu tanda protes dia
nak gigit pun penah, tapi kan dia macam stop and terfikir tak jadi nak gigit
buat masa ni memang kitorg tak penah kena gigit lagi
sebab dia sempat pikir bila dia gigit nanti kena marah
haha.. tengah marah still boleh kawal nafsu marah..
Itulah uniknya Nur Aufiya Hana.. ;)

Oh yaa,, ramai yang saya dengar and baca status/komen ibu2
si anak tak diam bila nak dipakaikan pampers
jangan terkejut yer
buat masa ni saya belum pernah alami situasi itu..hihi
sejak baby sampai sekarang dia masih berdisiplin bila bersiap dipakaikan pampers and baju
sekarang advance sikit..
dah pandai angkat ponggong sendiri..
senang kerja mama tak payah susah2 angkat kaki drumstick yang berat ituw..
dah settle semua barulah dia kesana ke mari..
harapnya anak-anak ku yang akan datang pun turun la perangai kakak piya yer..

Perkembangan IQnya sangat memberansangkan..
thank you Allah kerana memberi kami seorang insan yang cerdas, cerdik
cerdik dari segi peringkat umurnya
Im very proud of you my little daughter..



Bijak bergaya..



Diam bila mama nak snap picca..                     Pose pelik-pelik..


Pasrah mahu dicucuk oleh Doctor.. ;)


This is my fav pic.. bila papa duduk and depa tangan, dia akan lari , terus berpaut untuk didukung.. ;)
Ini favret action papa kalau nak dukung piya.. 



      


Sayang Mama and sayang Papa.. ;)

No comments:

Post a Comment