Wednesday, April 25, 2012

Grateful

Pagi tadi
Aufiya masih demam
merengek-rengek tanpa sebab
sengaja mahu mengambil perhatian mama
tak boleh hiraukan sangat rengekan si kecil itu
nanti satu kerja pun xjalan
hati ni berat sangat CUBA untuk menghiraukan dia buat seketika
ye lah, aku kena mandi, bersiap apa yang patut sebelum pegi kerja
Merengek mahukan mama, papa tak boleh dekat langsung
sentuh pun xboleh, dimarahnya ada laa
papa mcm merajuk..
tapi, apalah nak dirajukkan dengan anak kecil yang tak mengerti apa2..

Aku mandi, siapkan bekal makanan Aufiya
tinggalkan dia merengek dengan papanya
lama2 diam jugak dengan pujukan papa
turn papa pulak mandi,
aku solat
aku tinggalkan dia disebelahku
nampak kelibatnya memerhatikan tingkah aku
masih merengek-rengek
selesai solat, aku angkat dia dihadapanku
menadah tangan membaca doa
Aufiya perhatikan aku
selesai mengaminkan doa
aku hulurkan tangan kepadanya untuk bersalam
dalam keadaan sayu, mood tak berapa stabil (ye laa demam kan)
dibalasnya huluran tanganku terus ditarik cium ke mulut
comelnya Aufiya..(terharu mama sbb awak tgh moody pun still sambut salam mama)
aku hulurkan pipi mengharapkan kucupan dari si kecil itu
dia membalasnya dengan sayu.. Ya Allah.. sayunya rasa masa tu..
(siap bunyi muuah lagi)
mama dapat rasakan Aufiya sangat perlukan mama, Aufiya sangat sayangkan mama..
Mama pun sayanggkan Aufiya sangat-sangat sayang..
Alhamdulillah..



Tuesday, April 24, 2012

Demam

Aufiya memang kerap demam
she got her first fever masa umur 5 bulan
Tapi sejak umur dia 9 bulan
setiap bulan mesti demam
tak penah miss
kadang2 aku curious jugak
sebab Aufiya ni fully bf
baby yang fully bf ni orang kata jarang sakit atau demam
maybe ada kurang lebihnya
kita tak tahu, semua tu ketentuan Allah
every baby is different
walaupun dia kerap demam
tapi Alhamdulillah belum pernah demam teruk2
sampai warded..xpernah lagi
kalau boleh, tak nak pun tengok anak sakit sampai kena tahan ward
minta dijauhkan

Setakat ni kalau Aufiya demam
maximum 3 hari la paling lama
biasanya 2 hari dah baik
and mostly tiap kali demam, mesti panas time malam je
siang dia ok
boleh main, aktif, mulut xdiam asik bercakap je
tapi bila mai malam
mula la merengek2, kadang tu meragam, macam apa yg kita/dia buat semua tak kena
kadang2 je meragam tu
Selalunya dia behave
macam boleh tanggung sakit sendiri tanpa menyusahkan mama n papa..huhuhu
bila terkenangkan, kesian sangat kat Aufiya
Baik sangat anak mama ni
jarang sangat menyusahkan mama n papa
Syukur Ya Allah
Kau berikanlah kesihatan yang baik untuk amanah yang telah kau berikan kepadaku ini ya Allah..
Aminn..


February fever: ini time siang



Latest one: April Fever (24/4/2012) : ini time malam

Aku inginkan senyuman yang berkekalan begini.. ;)

AIR TANGAN SUAMI



Dua minggu berturut-turut dapat merasa masakan si suami
Dun masak special punya resepi
“Sotong Sumbat Masak Masam Manis”
MasyaAllah.. Sedap!
Haha..
Siapa lagi nak puji kalau bukan isteri sendiri
Puji-pujian itu sangat penting dalam hidup berkeluarga
Kot2 bila puji, lepas ni hari2 die akan masakkan untuk kite
Hehehehe
Berharap….
Tapi, Sotong sumbat tu memang betul2 sedap
Lagi2 sotong.. fevret aku tuuu

Sebenarnye, my husband bukanlah seorang yang pandai masak
Die ni Zero knowledge pasal masak-masak
Xtau langsung! Betul, xtipu punyee

Tapiii…. dia suka bertanya
Sampai haku naik malas nak menjawab..Haha
Sorry sayang..
Awak tau kan saya ni seorang yang kurang tahap kesabarannyabila ditanya berulang2
Huhuhuhu
Kadang tu, bg aku soalan yang ditanya tu kite boleh pikirlogik je
Remeh temeh sangat
Contohnye, “bila kena masukkan bawang putih?”
“Time bila kena masukkan ayam”
soalan paling seronok “banyak mana nak letak garam?”
hahaha..
dan macam2 lagi la soalan yang ditanya sekian kalinyaaa
untuk menjaga hati si suami
aku layankan aje semua persoalan die
dengan penuh kesabaran…hahaha
positifkan minda bahawa dia ni mmg betul2 nak tau
bukan buat2 tak tau..
hakikatnye die memang xtau
sbb aku dah uji die dari segi kandungan yang terdapat dalamsesuatu masakan
die mmg xtau ade perasa/perisa apa, ada sayur apa, rempahapa, ada bawang ke xde..
die mmg xtau
yang die tau..MAKAN aje.. kikikiki
bab makan memang champion..
xpenah makan xhabis, xpenah kata tak sedap
die tak tau apa itu erti TAK SEDAP
tapi sekali die masak, sedap lah pulak! Hehehe

Al-kisah sebenarnya
Dia jd semangat nak masak2 ni sbb dia sudah terbeli 3 bukuresepi
Diam-diam beli masa ada kempen membaca kat BERNAMA baru2ni..hihi
Buku Resepi masakan AYAM, masakan IKAN dan masakan LAUT
Kalau xde buku resepi dia tak berani nak masak
Takut xkena step n sukatan bahan
Dalam blog , web dia xpercaya
Xdetail katanyaa
Hehe
Buku resepi tu mmg best
Semua masakan n resepi dari Kak Hanieliza
Memang kalo aku masak pun, aku suka refer resepi dr blog dia
Senang and mudah, yang penting tak fancy

Antara 3 buku yang dibeli tu
Setakat ni baru guna buku masakan laut
Memang kami berdua ni sukaa sgt seafood
Tengok la mana resepi yang terliur, itu la yang akurequest..Haha
My husband masak ikut request bini dia je.. ;)
Mula2 dan secara drastiknya masak ‘Ketam Masam Manis’
Ketam beli di pasar borong besar Selayang lg tu.. 1sttime pegi semata2 nak cari ketam!
Kali kedua masak ‘Sotong Sumbat Masam Manis’
Ini Wallah! Sampai repeat next weeknyaa.. hehe
Ketiga masak ‘Udang berempah’
Tapi xmenjadi.. huhuhu.. tapi sedap la jugak..
Ini antara gambar yang ada..

Ketam Masak Masam Manis

Sotong Sumbat Udang first try

Sotong Sumbat Masam Manis 2nd try

Harap-harap lepas ni si hubby saya tak jemu2 nak masakkanuntuk isteri tercinta ni..
Sekali sekala, makan air tangan suami..
Memang terasa sgt bahagia.. ;)

p/s: ada sapa2 nak resepi?? hehe

Friday, April 20, 2012

Penangan Si Anak Sulung


Status pertama di fb sejurus Aufiya dilahirkan

"syukur ya allah.. sy selamat melahirkan baby girl pagi td 22/2/11 jam 1.24pg, berat bby 3.15kg.. terima kasih kpd semua yg tlg doakan sy dan bby.. alhamdulillah semua selamat dan sihat.. ;)"

secara drastiknya masa tu notification xhenti2 berbunyik..
reply satu, 5 komen baru masuk..
so, jadi xsempat nak reply satu persatu wish..
dah la online guna BB Dun je masa tu..
sempat la online sat kalau dia dtg melawat..
bila die balik rumah je, dah xdapat online
aku terpinga2 teringatkan nak reply komen kawan2..
penangan fb ni memang..
asik nak bukak tgok wall and notification tiap2 jam!

hari ini, aku mengambil kesempatan di atas perkara yang telah berlaku pada 14bulan yang lalu
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang tersayang
masing2 mengucapkan tahniah kt aku masa tu
and macam2 wish yang buat aku terharu bila baca balik kat timeline td..huhu

Ya Allah, aku mempunyai ramai sahabat
yang mengambil berat,
yang sporting,
yang sweet,
yang comel,
yang baik hati
mereka-mereka ini ada disekelilingku
terharunyaaaaa!

tengok la berapa komen aku dapat, berapa 'like' yang ada
aku memang betul2 terharu..
sayang korang semua!

(right click+open link in new tab+zomm in:baru boleh tengok dgn jelas ;))



Tuesday, April 17, 2012

Family Day

Rasanya belum basi lagi kisah kami sekeluarga join Family Day BERNAMA
baru je dua minggu lepas
hari Sabtu, 7 April 2012
dua hari satu malam
di Gold Coast Australia Morib Resort
hehe

Overall, memang enjoy!
Puas dapat bawak Aufiya bersosial di luar
walaupun die demam sebenarnya..hihi
just bekalkan ubat demam dari klinik yang last month punye
and cool fever
demam die kejap kebah, kejap dedar, kejap panas
yang seronoknya anak kami ni
walaupun demam, die tidaklah cranky
sentiasa get used dgn keadaan sekeliling
demam2 tu pun kami rendamkan die dalam pool
rugi kot kalo xmandi kat situ, water park katenyee..hihi
kalau nak tau, time kami mandi tu time hujan
baekk punye pakej
dah la anak demam, mandi kolam dalam hujan lagi
jangan tiru perangai buruk mama papa Aufiya ni ye!
balik bilik, Aufiya demam balik
on off on off demam dia
dah la malam tu ade dinner pulak..

Ok lah, sebelum cerita pasal dinner
nak cerita kisah perjalanan kami sekeluarga ke morib dulu
dari rumah kami berpandukan google maps from ipad
current location ke Gold Coast Morib Resort
wahh! dekat je 45min da sampai-refer google maps
semangat Dun drive sbb xdela jauh sgt rupanya
lebih kurang nak dekat sampai dah ke point yg dihala dlm google maps tu
aku rase mcm pelik
sbb tak nampak laut, masih di kawasan pekan klang, dalam kawasan perumahan
mana pantainye? xkan Gold Coast ni tgh pekan kot?
sekali sampai je kat point yg di hala dalam google maps tu
mmg betul2 dalam kawasan taman perumahan!
omg! mmg suami saya itu panas baran terus!
Kadang2 google maps ni xleh pakai!
kita search dah betul, tp dia tunjuk tempat yg xbetul
nasib la kat klang jgk
Dun cuba google dulu alamat resort, cari nearest place
then baru jumpa location sebenar
iaitu lebih kurang 45minit lagi nak ke situ!
cayalah google maps!
ko berjaya menaikkan adrenaline suamiku!
sepanjang perjalanan penuh dengan makian pada google maps
hahahaha
kalau diigatkan balik memang kelakar
tapi, kalau berada pada hari kejadian, memang bengang gilerr!

Rasa lega jgk la bila dah berpandukan ke arah yg benar
nampak pantai
nampak ladang kelapa sawit! haha
kami sampai ke destinasi lebih kurang 10.30pg
tepat2 acara pembukaan bermula
menari chicky dance, beach dance
sukaneka
kami masuk acara 'kenangan waktu bercinta'
tapi xmenang
'makan bersuap' dapat no3
kemain nama sukaneka 'kenangan waktu bercinta'
suami isteri kena bertentang sambil gigit sebiji buah apple
dan lari bersama2 sampai ke garisan penamat
haha.. belum sampai penamat aku dah terjatuh
spoiled betul bini Dun ni
'makan bersuap' lak kena suap nasi lemak
husband suap wife, wife suap husband sambil mata ditutup dgn kain
fuhh! dah la nasi lemak sorang sebungkus
kena habiskan dua2 bungkus baru boleh menang
dapat jugak la no3
hadiahnya hamper saje
lepas game, habis berpijar mulut n pipi
sbb ditonyoh dgn sambal nasi lemak tu td
huhuhuuhu derita jgk la sat
sayang xde gambar masa bersuap tu
dah mcm gaya org buta suap menyuap! huhu

After having fun berjoget dan bersukaneka


Happy fever baby.

Sebelah petang, acara mandi manda
malam, Dinner
tema dinner malam tu Floral Hawaiian Night
masing2 berpakaian bunga-bungaan
bunga dikepala, ditengkuk, di lengan
aku pun tanpa segan silu pakai headband bunga2 jugak
siap buat sedondon sama dengan Aufiya
mak teruja ok! haha
staff BERNAMA mmg sporting2
sbb tu aku xsegan nak ber'headband' bagai
yg pasti lagi ramai yg lebih over dr aku..hehe
macam biasalah dinner
makan-makan..
persembahan..
pertandingan..
lucky draw..
Dun dapat Comforter, aku dapat Panasonic Vacuum Cleaner
berbaloi-baloi!
comforter aku suka, vacuum tu Dun sgt suka!
Aufiya pulak menang 'Best Dress' kategori kanak2 malam tu
demam2 pun boleh menang ye? haha
masa emcee announce tu, Aufiya tgh tido
capat2 aku angkatkan die, pakaikan headband
terus naik stage
nasibla Aufiya xmeragam
tergamam gamaknye
dalam mimpi ni kot menang best dress..haha
hadiah si princess berupa sebuah basikal
basikal tu kalau nak bg Aufiya guna, kena tunggu lg sepuluh taun!haha
rezeki si anak..

Its Floral Hawaiian Night bebeh!
Biru sedondon sekeluarga.

Penyampaian hadiah Best Dress Kategori Kanak2.
Tahniah Comey Mama!

left: posing before kuar Dinner
right: hadiah milik Aufiya

Esoknye pagi2 bangun breakfast
singgah bermain pasir di pantai
papa kejar2 ikan belacak
mama geli2 tgok ketam2 kecil
Aufiya exploring with sand
then terjun ke waterpark lg
kali ni mama xmandi
so dapat la snap few pix

Papa and baby. second time jumpa pantai


exploring


Sandy beach girl.


Mama comot n aufiya comot


LoVE

Mandi pool 2nd day.
Dari pantai terus terjun kolam. xsempat naik bilik nak tukar suimming suit.
pakai baju batik je..huhu


Berbaloi-baloi join family day
have fun, dapat banyak hadiah
Aufiya menang best dress
dapat makan banyak2
dapat beJAKUZI tiga beranak..best!
Alhamdulillah walaupun Aufiya demam
tak membantutkan sedikit pun aktiviti kami di sana
memang mudah membesarkan Aufiya
after 12pm kami check out
Aufiya tidur sepanjang perjalanan pulang
Sampai rumah petang tu papa tidur
kesian, penat drive jauh kan
Aufiya pulak tak reti penat
beriadah berjalan kaki test kaki n lutut di laman rumah

Aktiviti riadah di waktu petang.

Monday, April 16, 2012

30 minit

Alamak!
30 minit dah tinggal 15 minit je..huhu

sebenarnye aku mempunyai waktu yang berharga selama 30 minit sekarang ni
actually bermula 2 April haritu
aku mula bertugas di jabatan lain
masih di BERNAMA
masih memegang jawatan yang sama
tapi.. berbeza dari segi tempat, masa, suasana, kerja/tugas dari sebelumnya
semuanya baru di sini

Sebelum ni kami suami isteri se-ofis
masuk kerja 9am, pulang 6pm
Dun masih di ofisnya, masih dgn jawatannya
cuma aku berhijrah untuk mencuba nasib baru
mungkin ada rezeki di tempat baru ini
manalah tahu..
kalau kerja se-ofis, mmg sampai bila pun rezeki aku xcerah2..huhu
kami terikat dgn rules
takpelah
asalkan masih in the same building
masih boleh breakfast n lunch together
korang ade?? heee ;)

Ok lah, ofice hour tempat baru ni
kena masuk keje pukul 8.30am dan balik 5.30pm
maknanya Dun sgt seronok sbb dapat masuk keje awal 30minit (wajib xde warna merah kat punchcard die)
dan aku seronok sbb dpt buat blog!
haa.. thats the point! hikhik
sbb aku memiliki 30minit yang berharga untuk menunggu si suami pulang jam 6ptg..
kalo dibazirkan dengan belek2 fb pun buat ape kan..
baikla merapu meraban sikit kat blog..
best jugak! hihi

ok sampai kita berjumpa lg pada next entry..
jam sudah pukul 6.05pm
saya mau pulang dah ni..
xsabar nak peluk cium si bam bam yang makin banyak akal tu..
tata.

Lots of LOVE,
MAMA Aufiya

TERINGIN

Iyer..
saya teringin
orang berblog, saya pun berhak berblog, hehe
yelah..
memandangkan hari2 post gambar Aufiya kat fb
rasa mcm lebih seronok
kalau boleh meluahkan cerita lanjut tentang si kecil ku itu
dia pun makin membesar
aku pulak makin meningkat usia
lama-lama boleh jadi pelupa
xmau ku lupakan saat2 manis membesarkan Aufiya

so, blog ini akan aku cuba ceritakan sedikit yang boleh perihal si anak, bapak n ibunya sendiri
sedikit saje la..
kang lebih-lebih kena tapis pulak
silap2 kena spank terus! huhu

Kepada readers, especially peninat Aufiya..
fuhh.. anak dara ku ini boleh tahan ramai peminatnya, hihi
boleh follow blog ini sebagai pengubat rindu, eceewah!
(mama bajet anak retis!)
kepada yang tak suka boleh jd stalker
anda diizinkan ;)
(biasanya stalker mmg lebih busy body)- betul x??

oklah..
harap2 xde la yang berkecil hati,
atau benci membenci antara kita
semua tu perangai orang belum matang saja
xsuka, buat2lah suka
mana tau suatu hari org yg kita xsuka tuuu la yg byk memberikan kepentingan buat kita
trust me!


Lots of LOVE,
MAMA Aufiya ;)