Wednesday, April 25, 2012

Grateful

Pagi tadi
Aufiya masih demam
merengek-rengek tanpa sebab
sengaja mahu mengambil perhatian mama
tak boleh hiraukan sangat rengekan si kecil itu
nanti satu kerja pun xjalan
hati ni berat sangat CUBA untuk menghiraukan dia buat seketika
ye lah, aku kena mandi, bersiap apa yang patut sebelum pegi kerja
Merengek mahukan mama, papa tak boleh dekat langsung
sentuh pun xboleh, dimarahnya ada laa
papa mcm merajuk..
tapi, apalah nak dirajukkan dengan anak kecil yang tak mengerti apa2..

Aku mandi, siapkan bekal makanan Aufiya
tinggalkan dia merengek dengan papanya
lama2 diam jugak dengan pujukan papa
turn papa pulak mandi,
aku solat
aku tinggalkan dia disebelahku
nampak kelibatnya memerhatikan tingkah aku
masih merengek-rengek
selesai solat, aku angkat dia dihadapanku
menadah tangan membaca doa
Aufiya perhatikan aku
selesai mengaminkan doa
aku hulurkan tangan kepadanya untuk bersalam
dalam keadaan sayu, mood tak berapa stabil (ye laa demam kan)
dibalasnya huluran tanganku terus ditarik cium ke mulut
comelnya Aufiya..(terharu mama sbb awak tgh moody pun still sambut salam mama)
aku hulurkan pipi mengharapkan kucupan dari si kecil itu
dia membalasnya dengan sayu.. Ya Allah.. sayunya rasa masa tu..
(siap bunyi muuah lagi)
mama dapat rasakan Aufiya sangat perlukan mama, Aufiya sangat sayangkan mama..
Mama pun sayanggkan Aufiya sangat-sangat sayang..
Alhamdulillah..



No comments:

Post a Comment