Tuesday, July 3, 2012

Jumble Sale

Every year sudah menjadi aktiviti wajib di Bernama
Anjuran Benita iaitu Jumble Sale.
Ala-ala hari usahawan la kalau kat sekolah dulu
penjual terdiri daripada staf Bernama sendiri dan juga orangluar
Memang terbuka kepada orang awam
Tapi siapa lah nak datang kat kawasan ofis orang ni kan
Jiran sebelah Bernama ni ade la datang iaitu staf NationalLibarary
Macam-macam yang dijual di Jumble Sale ni
Makanan, baju, tudung, kek, kuih muih, produk kecantikan,Tupperware, Avon..
Cuma rambang mata sikit la nak memilih makanan tu
Ada spageti, mee, mihun sup, nasi lemak, laksa, laksajohor..
Haih.. kalo beli semua nak sumbat ke mana?
Ke tong sampah la jugak.. haha
Jadinye, janganlah membazir membeli makanan yang belum tentusedapnye.. kuikuikui..
Tadi saya sempat membeli spageti sebagai sarapan dansteamboat juga laksa johor sebagai menu lunch.. haha.. dasar gemuk memang makanbanyak..
Lain-lain aku ade la beli shawl paisley darithecococloset.blogspot.com dan 
sehelai Legging Holabebe (www.holabebe.com.my)untuk Aufiya..
Pi mana-mana pun memang ada habuan untuk si kecik saya tu..
Haih.. sudah jadi kebiasaan setiap masa dok ingat kat dia jekan.. ;)

Selain jualan, Benita juga menyediakan aktiviti-aktivitimenarik kepada pengunjung
Pengunjung ni majoritinya staf la..
Staf National Library pun sempat join contest-contest yangada
Antara contest yang ada ialah Kupas buah epal (saya joinyang ni..hehe), Tatarias Inai (ini tak boleh join..kena jadi juri..huhu),Gubahan sayuran (yang ni I join jugaa.. haha), Gusti lengan (lelaki sahaja and ada cerita disebalik contest ni.. nanti i story), teka kacang dan teka ulasdurian.. hmm cemana nak teka tu..
Dan acara yang paling kemuncak yang dinanti-nanti kan untukmeramaikan majlis penutup petang tadi ialah acara cabutan bertuah..
Banyak jugak hadiah-hadiah yang disediakan.. fuhh..
tapi, saya n dun tidak bertuah pun.. huhuhu..

Tapiiiiii… saya dapat bawak balik ini!


Ok total kesemua hadiah saya dapat 3..
First, cenderahati sebab jadi juri untuk contest Tatarias Inai..(beg pink)
Second, hadiah Tempat Pertama kupas kulit epal.. (yang berbalut besar tu)
Third, hadiah Tempat Pertama Gubahan Sayuran.. (beg merah)


Hahaha.. siapa sangka..
Dua-dua contest yang saya join, saya menang tempat PERTAMA!
Hehehe..
Tak sangka kot boleh bolot juara..
And kalau la bukan saya yang jadi juri untuk contest Tatarias Inai tu,
Adakah saya bakal menggondol hadiah tempat pertama juga??
Ada potensi tak korang rasa?? Hehehehe..
Makanan saya kot henna tu.. ;)
Takpalah.. nasib saya tak join kan..
Sat lagi apa pulak kata orang..
Semua dikautnye die sorang.. haih..

Marilah saya tunjukkan kepada anda semua gambaran sepanjang Majlis Jumble Sale tadi beserta contest-contest yang saya join dan contest yang saya handle..

Mula-mula.. tengok gambar sekitar majlis dulu...








Meriah kan??

Contest Tatarias Inai: ada 10 peserta kesemuanya..





















Peserta bergambar dengan hasil lakaran inai masing-masing..
Pemenang no 1: yang berbaju oren
Pemenang no 2: bertudung biru (duduk, dua dari kiri)
Pemenang no 3: yang free hair
=)




Hasil henna si Juara 
(nape gambar jadi terbalik macam ni ekk? gambar asal posisi dah betul.. nak rotate pun xboleh)

Hasil Henna Naib Juara (geramnya takleh rotate!)

Pemenang ketiga 

1..2..3..

Hasil peserta-peserta lain.. (Sakit hati betoi gambar yang ni terbalik terus!)

Ulasan juri:
Ramai jugak yang boleh melukis henna ni..
cuma perlu practice lebih sikit supaya boleh buat lebih kemas dan cantik..
saya dulu pun mula-mula buat buruk jugaa..huhu

Mari kita tengok gambar Gubahan Sayuran pulak..
cemana laa rupa nak gubah sayur tu kan
actually contest ni saya tak berniat langsung nak join..
penganjur yang paksa saya join untuk cukupkan peserta
idea zero! apekenbendaa laa aku nak buat sat lagi ni..
bahan dah tersedia pun still i have no idea..
ada terung, carrot, timun, salad, daun sup n daun bawang, sengkuang dan kacang panjang..
danggg! yang nampak bayang-bayang hiasan tu hanyalah carrot
nak potong-potong buat bentu bunga..
tiba2 tengok terung
macam boleh buat kepala itik/swan.. hahaha
maka..terhasillah bentuk sebegini.. 
taraaaaa...!!


Inilah itik jadian.
Jangan gelak!
kahkahkah..
lawak bukan? gelaklah sesuka hatimuu..
kelakar macam ni pun boleh jadi Juara you..
haih~


Jom kita tengok hasil gubahan peserta lain pulak...


Ini gubahan pemenang no 2

Ini pulak gubahan pemenang no 3

Yang lain-lain..gubahan para peserta yang kurang berjaya.. ;)




Ini gubahan peserta lelaki ya.. satu-satunya lelaki yang join contest ini.. haha
memang nampak kerja kelakiannya..




 Contest kedua yang saya join ialah kupas kulit epal..
Actually contest ni pun tak terniat nak join..
disebabkan my husband si Dun tu masuk, saya pun teringin jugalah.. hihi
sekali dapat juara juga..
ini hasil kupasan kulit epal saya.. yang panjangnya 125cm youu.. hahaha



Dan seperti yang dijanjikan di atas tadi, saya nak cerita perihal pertandingan Gusti Lengan..
Semasa pertandingan berlangsung
berlaku kejadian yang tidak diingini
salah seorang peserta terpaksa dibawa ke hospital dengan segera
kerana suspect tangannya patah!
tengah berlawan lengan tu tiba-tiba terbunyi macam ranting patah! ngeri kan?
Saya still macam tak percaya
lawan lengan pun boleh patah tangan!
So, saya nak nasihatkan, sapa-sapa yang ada adik lelaki or abang, ayah sekalipun
janganlah bagi masuk pertandingan lawan lengan ni
bahaya juga sebenarnya
mulanya sekadar ingin bersuka ria, boleh jadi padah akhirnyaa..
takutt... 
Nasibla Dun tak join contest tu..

Insyaallah.. ada rezeki tahun depan kalau saya masih di Bernama lagi..
boleh merasai Jumble Sale 2013 pula..
contest apa pulak yang bakal saya join nanti?
Last year masuk contest menghias cupcake..
menang no 3 saje..
tahun depan menang lagi ke??
hahaha..
kita tungguuu..
seronok bersuka ria menghilangkan stress bekerja..
daaaa~

Sunday, June 24, 2012

You Make Me Smile ;)

At the age of 16 months:

- Penat main toys, masuk dapur and jenguk meja makan say " mama.. nak buah..". very clear pronounce 'buah' tu. Bukak fridge pun asik sebut "buah..buah.." Pergi supermarket kat bahagian buah pun dia jerit "buah..buah.." ini budak memang sangat sukakan buah.. Dapat makan buah memang happy terkinja-kinja.. ;)

- Bila jumpa handbag mama, jinjing di paras siku and kepits! jinjing sambil berjalan, lambai tangan and say "bye..bye.." ;)

- While mama bersiap-siap pakai tudung nak keluar, dia cepat-cepat amik hair brush dia bagi pada mama. Nak suruh sikat and ikat rambut dia ok! Kecik-kecik dah pamdai nak melawa.. Bila dah siap cantik-cantik, terus amik shoes.. Kalau kami still terhegeh-hegeh memang dia akan mengamuks.. haha.. dia dah siap kann.. Mana boleh tunggu-tunggu lagi.. ;)

- Keluar toilet after mandi or cuci poopoo dia akan amik pampers (yg dah pakai) di pintu toilet and buang terus ke dalam tong sampah. Dah pandai berdikari.. ;)

- Puas main jalan-jalan tolak stroller mainan dia di laman rumah, tiba-tiba tarik tangan mama nak jalan di tengah jalan raya! MasyaAllah.. tak puas main di luar, nak lagi advance lagi main di tengah jalan.. Sabar aje la.. ;)

- Situasi di dalam kereta: berenti di simpang tiga, ternampak ada seorang ibu dan dua anaknya sorang girl and sorang boy sedang menunggu bas. Tiba-tiba si kecik saya bersuara "kakaaaak..." dengan intonasi yang manjaaa sangat.. Dia sukakan kakak dan babies.. Abang tak berapa interested. hehe ;)

- Kalau makan di restoren time waiter bagi menu dia yang paling kalut and buat gaya tunjuk-tunjuk di menu sambil cakap "pat..pat..pat.." hahaha.. Ada kisah disebalik gelagat dia tu.. Actually ada satu hari tu kami tak tau nak makan apa, and kami dua-dua buat 'cak cilok patpat cak cilok kucing lompat' (macam lat tali lat laa..hehe) sambil tunjuk-tunjuk dekat gambar menu-menu yang ada.. haha.. Last-last lekat pulak aksi tu kat Aufiya sampaikan tiap kali g makan kat kedai dia buat mcm tu bila dapat menu.. haha.. and bila waiter datang mintak order, dia pun kalut jugak tunjuk-tunjuk menu sambil cakap-cakap dengan waiter bahasa yang ntah apapa.. konon dia tengah order jugak la.. ;)

Nur Aufiya Hana..
makin hari makin bijak..
makin hari makin comel..
makin hari makin banyak ragam..
makin hari makin banyak akal..
makin hari makin buat papamama geram!
We love you sayang.. ;)

Tuesday, June 19, 2012

First Time Going to Cinema

Sabtu lepas (16 June 2012) kami bertiga ke Pavilion
Hajat membawa Aufiya menonton wayang terlaksana jua
Aufiya’s first movie is Madagascar 3!
Setelah hampir setahun setengah kami tak jejakkan kaki kepanggung wayang
Last movie kami tengok rasanya cerita Repunzel (Tangled) inNov 2010
Aufiya still in my womb 5 bulan
Tendang menendang tak henti-henti masa dalam panggung tu ;)

So, kali ni dia sudah pun besar
Dah 16 bulan pun anak mama
Rasanya kami sudah cukup bersedia bawa dia tengok wayang
Alhamdulillah,
Memang seperti yang kami jangkakan, dia sangat behave
Mula-mula masuk tu dia macam takut-takut
Maybe sebab gelap
Mama cuba hiburkan dia, gelak-gelak tengok movie sebab nakhilangkan rasa takut dia
Ada la dalam setengah jam dia tengok
Termenung je die.. tak faham ape-ape la kot
Then dia mintak nak nenen, maka tertidurlah anakku itusehingga habis movie
Hahahaha
Behave kan??

Actually dari rumah lagi aku dah agak dia akan tidur dalamwayang tu
Movie start pukul 3.30ptg, kami gerak dari rumah 3.00ptg
Dan sejak bangun pagi Aufiya tak tidur-tidur sampai la dahkeluar rumah tu
Dalam kereta dapat la dia tidur sekejap dalam 20minit
Maka, akan tersambung tidurlah semasa movie dimainkan
Memang dah agak
Senang keje mama and papa
Takdela kelam kabut nak handle dia
Boleh layan movie dengan tenang

Kami duduk di couple seat
Beli tiket adalah mudah sekarang ni.. hehe
Pakai GSC Apps iPad jer
Sap sap sapp tup! Settled!
Sampai di Pavilion tepat pukul 3.30ptg
Cepat-cepat menuju ke kaunter Gold Class
Tayang history apps GSC tu kat kaunter
Amik tiket, n terus masuk
Mudah sungguh!

So, sesape yang ade kemudahan boleh install apps tu
Gunalah sebaik-baiknya
Tak perlu beratur panjang nak beli tiket
Semuanya ada di hujung jari anda ;)

#sesape yang ada apps best-best boleh share dengan saya?

Sampai-sampai jer terus bergambar kat backdrop Madagascar 3 ni
Aufiya pun mamai lagi..baru bangun tido.. huhu

"huwaa..!! saye tengah mengantuk ni mama.. saye xmau tangkap gambar.. berdiri pun tanakk.."

"wouhh.. kite kat mane ni mama?"

Boleh nampak orang kat bawah la mama..

Live in cinema: Madagascar 3.. 3/5 star la aku bagi

Lepas tengok movie
kami jalan-jalan, shopping shopping dalam Pavilion
Aufiya la paling seronok sekali
energy sudah dicharge dalam wayang tadi
ke sana ke mari dia nak berjalan
nasib badan la tak bawak stroller pulak
penat kemain la Papa die.. haha
papa je penat, mama penat pilih baju.. hewhew ;)
kalau mama takde dalam pandangan dia
mula la menjerit-jerit panggil "mamaa..mamaa"
kalau papa takde pulak, jerit "papaa..papaa.."
hoih! bising betul mulutnyee..
dah la penat mengepong die
nak bebas aje
masuk kedai sport terjerit-jerit "ball..ball..ball"
adoi.. sejam la papa melayan die tang bahagian ball tu
nampak balloon pun satu hal jugak
terjerit-jerit "ball" balloon pun ball juge..
tapi nasib la die jenis tak mintak-mintak
and part paling best bila bawak ke bahagian baju baby
kemain lagi berjalan-jalan sambil selak-selak baju yang bergantung
sambil bebel-bebel bahasa dia
gaya macam tengah memilih baju
bila kita amik baju tu, then dekatkan ke badan dia
dia akan buat muka comel n peluk baju tu sambil tepuk-tepuk (boleh bayang kot)
hehe.. cute la sayang.. ;)
besar nanti boleh gang teman mama pi shopping ni..
kecik-kecik dah ada gaya minat shopping.. 
doa-doa la supaya mama diberikan rezeki yang cukup untuk kita hidup sempurna..
Insyaallah..

forever 21

Skodeng Papa fitting baju! sambil jerit "papa..pa"
haha.. sampai terbaring dibuatnye..
naseblah takde orang kat situ.. ;p

;)

gumukss..

teman mama fitting..
disebabkan mulut bising sangat tercari-cari papa, mama suruh die diam..
 "Shhhh..."


Moral of the story: Stoller tak boleh tak ada bila pergi mall lepas ni.. ;)


Monday, June 11, 2012

11.06.10-11.06.12



Alhamdulillah
hari ini genap usia perkahwinan kami dua tahun
Happy Anniversary to us ;)
Moga bahagia, kasih sayang, keberkatan, rezeki menyelubungi kami berdua
tahun pertama dan kedua yang disambut dengan ceria bersama puteri kami
tahun pertama dan kedua yang masih bertiga
berkekalanlah hubungan ini hendaknya hingga ke Syurga..
Insyaallah..

Mood: back to  June 2010
11.06.10- Majlis Akad Nikah
12.06.10- Majlis Resepsi












** menangis tengok semua gambar kurus-kurus ni.. huhu T_T