Tuesday, July 3, 2012

Jumble Sale

Every year sudah menjadi aktiviti wajib di Bernama
Anjuran Benita iaitu Jumble Sale.
Ala-ala hari usahawan la kalau kat sekolah dulu
penjual terdiri daripada staf Bernama sendiri dan juga orangluar
Memang terbuka kepada orang awam
Tapi siapa lah nak datang kat kawasan ofis orang ni kan
Jiran sebelah Bernama ni ade la datang iaitu staf NationalLibarary
Macam-macam yang dijual di Jumble Sale ni
Makanan, baju, tudung, kek, kuih muih, produk kecantikan,Tupperware, Avon..
Cuma rambang mata sikit la nak memilih makanan tu
Ada spageti, mee, mihun sup, nasi lemak, laksa, laksajohor..
Haih.. kalo beli semua nak sumbat ke mana?
Ke tong sampah la jugak.. haha
Jadinye, janganlah membazir membeli makanan yang belum tentusedapnye.. kuikuikui..
Tadi saya sempat membeli spageti sebagai sarapan dansteamboat juga laksa johor sebagai menu lunch.. haha.. dasar gemuk memang makanbanyak..
Lain-lain aku ade la beli shawl paisley darithecococloset.blogspot.com dan 
sehelai Legging Holabebe (www.holabebe.com.my)untuk Aufiya..
Pi mana-mana pun memang ada habuan untuk si kecik saya tu..
Haih.. sudah jadi kebiasaan setiap masa dok ingat kat dia jekan.. ;)

Selain jualan, Benita juga menyediakan aktiviti-aktivitimenarik kepada pengunjung
Pengunjung ni majoritinya staf la..
Staf National Library pun sempat join contest-contest yangada
Antara contest yang ada ialah Kupas buah epal (saya joinyang ni..hehe), Tatarias Inai (ini tak boleh join..kena jadi juri..huhu),Gubahan sayuran (yang ni I join jugaa.. haha), Gusti lengan (lelaki sahaja and ada cerita disebalik contest ni.. nanti i story), teka kacang dan teka ulasdurian.. hmm cemana nak teka tu..
Dan acara yang paling kemuncak yang dinanti-nanti kan untukmeramaikan majlis penutup petang tadi ialah acara cabutan bertuah..
Banyak jugak hadiah-hadiah yang disediakan.. fuhh..
tapi, saya n dun tidak bertuah pun.. huhuhu..

Tapiiiiii… saya dapat bawak balik ini!


Ok total kesemua hadiah saya dapat 3..
First, cenderahati sebab jadi juri untuk contest Tatarias Inai..(beg pink)
Second, hadiah Tempat Pertama kupas kulit epal.. (yang berbalut besar tu)
Third, hadiah Tempat Pertama Gubahan Sayuran.. (beg merah)


Hahaha.. siapa sangka..
Dua-dua contest yang saya join, saya menang tempat PERTAMA!
Hehehe..
Tak sangka kot boleh bolot juara..
And kalau la bukan saya yang jadi juri untuk contest Tatarias Inai tu,
Adakah saya bakal menggondol hadiah tempat pertama juga??
Ada potensi tak korang rasa?? Hehehehe..
Makanan saya kot henna tu.. ;)
Takpalah.. nasib saya tak join kan..
Sat lagi apa pulak kata orang..
Semua dikautnye die sorang.. haih..

Marilah saya tunjukkan kepada anda semua gambaran sepanjang Majlis Jumble Sale tadi beserta contest-contest yang saya join dan contest yang saya handle..

Mula-mula.. tengok gambar sekitar majlis dulu...








Meriah kan??

Contest Tatarias Inai: ada 10 peserta kesemuanya..





















Peserta bergambar dengan hasil lakaran inai masing-masing..
Pemenang no 1: yang berbaju oren
Pemenang no 2: bertudung biru (duduk, dua dari kiri)
Pemenang no 3: yang free hair
=)




Hasil henna si Juara 
(nape gambar jadi terbalik macam ni ekk? gambar asal posisi dah betul.. nak rotate pun xboleh)

Hasil Henna Naib Juara (geramnya takleh rotate!)

Pemenang ketiga 

1..2..3..

Hasil peserta-peserta lain.. (Sakit hati betoi gambar yang ni terbalik terus!)

Ulasan juri:
Ramai jugak yang boleh melukis henna ni..
cuma perlu practice lebih sikit supaya boleh buat lebih kemas dan cantik..
saya dulu pun mula-mula buat buruk jugaa..huhu

Mari kita tengok gambar Gubahan Sayuran pulak..
cemana laa rupa nak gubah sayur tu kan
actually contest ni saya tak berniat langsung nak join..
penganjur yang paksa saya join untuk cukupkan peserta
idea zero! apekenbendaa laa aku nak buat sat lagi ni..
bahan dah tersedia pun still i have no idea..
ada terung, carrot, timun, salad, daun sup n daun bawang, sengkuang dan kacang panjang..
danggg! yang nampak bayang-bayang hiasan tu hanyalah carrot
nak potong-potong buat bentu bunga..
tiba2 tengok terung
macam boleh buat kepala itik/swan.. hahaha
maka..terhasillah bentuk sebegini.. 
taraaaaa...!!


Inilah itik jadian.
Jangan gelak!
kahkahkah..
lawak bukan? gelaklah sesuka hatimuu..
kelakar macam ni pun boleh jadi Juara you..
haih~


Jom kita tengok hasil gubahan peserta lain pulak...


Ini gubahan pemenang no 2

Ini pulak gubahan pemenang no 3

Yang lain-lain..gubahan para peserta yang kurang berjaya.. ;)




Ini gubahan peserta lelaki ya.. satu-satunya lelaki yang join contest ini.. haha
memang nampak kerja kelakiannya..




 Contest kedua yang saya join ialah kupas kulit epal..
Actually contest ni pun tak terniat nak join..
disebabkan my husband si Dun tu masuk, saya pun teringin jugalah.. hihi
sekali dapat juara juga..
ini hasil kupasan kulit epal saya.. yang panjangnya 125cm youu.. hahaha



Dan seperti yang dijanjikan di atas tadi, saya nak cerita perihal pertandingan Gusti Lengan..
Semasa pertandingan berlangsung
berlaku kejadian yang tidak diingini
salah seorang peserta terpaksa dibawa ke hospital dengan segera
kerana suspect tangannya patah!
tengah berlawan lengan tu tiba-tiba terbunyi macam ranting patah! ngeri kan?
Saya still macam tak percaya
lawan lengan pun boleh patah tangan!
So, saya nak nasihatkan, sapa-sapa yang ada adik lelaki or abang, ayah sekalipun
janganlah bagi masuk pertandingan lawan lengan ni
bahaya juga sebenarnya
mulanya sekadar ingin bersuka ria, boleh jadi padah akhirnyaa..
takutt... 
Nasibla Dun tak join contest tu..

Insyaallah.. ada rezeki tahun depan kalau saya masih di Bernama lagi..
boleh merasai Jumble Sale 2013 pula..
contest apa pulak yang bakal saya join nanti?
Last year masuk contest menghias cupcake..
menang no 3 saje..
tahun depan menang lagi ke??
hahaha..
kita tungguuu..
seronok bersuka ria menghilangkan stress bekerja..
daaaa~

No comments:

Post a Comment