Sunday, July 22, 2012

Dugaan

Aufiya dera mama dia malam semalam sampailah ke saat selepas sahur..
Bangun sejam sekali nak susu..
Sambil menangis sehingga berjurai-jurai air mata macam kena dera..
Bayangkan from 12am bangun, then nenen.. pukul 1am bangun lagi menangis..
Bagi air masak tak mahu.. meronta-ronta mahu nenen juga..
Then seterusnya dia mengulangi step yang sama menangis, air mata, nenen.. at 2am, 3am..
Nasib badan.. at 3am baru mama dapat lelapkan mata..
then 4am dah bangun nak masak untuk sahur..
mujurlah papa bukannya seorang pemakan yang cerewet..
maka hidangan pagi ini adalah sardin dan telur mata sahaja..
Punca Aufiya berkelakuan sedemikian telah pun diramal sejak petang lagi..
sebabnya dia hanya makan benda merapu dari pagi..
cornflakes, roti, biskut, pear, mee suah ada la dalam 6-7 suap, fries and kudap-kudap..
like everyday dia kenyang dan sangat lena tidurnya sebab dia makan bubur yang banyak..
Walaupun kenyang dia still bangun at least 2 kali..
kalau lapar, surelah meragamkan.. akibatnya merana si mama setiap sejam..
MasyaAllah memang menguji kesabaran..
Nasiblah memang aku bersabar.. 
every mommies mesti ada sedikit rasa gerammm giler bila anak meragam malam-malam tak tentu arah menagis kuat-kuat mengalir air mata macam kena dera tu kan??
Saya begitu, dan si suami juga begitu..
Masing-masing menahan kemarahan dengan penuh kesabaran.. huhu
One thing saya fikir kesannya lepas-lepas ni..
everytime rasa rindu kat dia saya akan menyesal and rasa nak menangis bila ingat balik apa yang dah kita buat pada dia time nafsu tak terkawal tu..
So, pengalaman banyak mengajar kami..
After this kalau anak meragam, tahan saja.. walaupun dalam lubuk hati ni tahap kesabaran itu tipis..
Aufiya pulak ada satu perangai yang bila dia menangis meragam tu, papa adalah musuhnya..
Jangan sesekali papa yang datang pujuk, angkat or peluk dia..
memang makin kuat dia menangis seolah-olah papa sedang menderanya..
Mama jugaklah pengubat walaupun mama marah-marah, dan pukul-pukul manja di kakinya..
Penyudahnya.. saya layankan sahaja kehendaknya yang mahukan nenen every one hour itu..
memang itu sahaja ubatnya.. tak ada yang lain.. dah dapat ubat, tidurr.. then bangun lagi after one hour.. T_T
Sahur juga dia bangun.. Mahu nenen lagi..
Tapi terpaksa umpan dengan cornflakes+yogurt snacks dengan air masak..
Kalau melayan kerenah dia, tak sahurlah mama pagi tadi..
Alhamdulillah dia mahu makan and minum bersama-sama kami..
Maka bersahur jugaklah Aufiya hari ni..
Akan tetapi hutang nenennya tetap dituntut after mama sahur..
Memang habis-habisan dia mendera mama..
Moga-moga Aufiya tidak meragam lagi after this..
Mama penat dapat tidur satu jam saje.. Itu pun tidur-tidur ayam sebab risau tak terbangun sahur.. T_T

Haih..
Itu baru anak seorang..
Macam mana kalau ada anak besar yang demam + ada breastfeeding baby yang meragam..
MasyaAllah.. aku kena bersedia mental and fizikal..
nampak gayanya ada juga suatu hari nanti ada hari yang tak dapat tidur!
huhuhuhu..


Inilah waktu saya memuhasabahkan diri bersimpati pada insan kecil yang masih belum mengerti apa-apa..
Sayuuu sangat hati ini meratap wajah anak tengah tidur.. :(

No comments:

Post a Comment