Friday, July 20, 2012

JULAI 2012

Too many things happened in this month

10.7.2012 kembalinya bapa mertuaku ke rahmatullah..
Al-Fatihah buat abah semoga roh abah tenang di sana..
sejujurnya saya amat sedih kehilangan orang yang paling suamiku kagumi ini..
masih terbayang-bayang betapa baiknya arwah dengan kami..
sayangkan cucunya..
setiap kali balik kampung memang dia kalau boleh nak luangkan masa dengan aufiya je..
dengar je suara aufiya bangun tidur pagi-pagi, terus dia panggil-panggil nak gomoi2 cucunya tu..
Tapi aufiya belum mengerti..
dia agak tak selesa nak bermesra dengan orang yang jarang dia jumpa..
Sekarang Atok dah takde..
Aufiya beruntung dapat jumpa atok..
adik-adik yang bakal lahir nanti tak kan kenal siapa atoknya..
Al-fatihah buat arwah Abah.. Amin...

Abah pergi akibat serangan jantung 5 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir..
Dia ditahan di ICU pada hari khamis 5.7.2012.. (petang)
dan dipindahkan di CCU (perbuatan jantung)..
Malam yang sama kami terus ke Ipoh melawat abah..
Malangnya hanya Dun saja yang dapat masuk untuk melawat..
Saya dan Aufiya terpaksa tunggu di bawah sampai jam 2.30pg..
kanak-kanak tak dibenarkan masuk..
Aufiya segar bugar bagaikan baru bangun tidur di waktu pagi..
Dia sudah tidur di sepanjang perjalanan KL-IPOH (2jam)..
Kali kedua sepanjang hidupnya kalau ikutkan dia berjaga lewat lebih dari 12am.. ;)
Satu kerjalah tengah-tengah pagi buta tu kena mengawal dia berkeliaran di ruangan menunggu depan Farmasi Hospital Raja Permaisuri Bainun tu.. huhuhuhu T_T
dengan suaranya menjerit-jerit bertempik, bercakap, berseronok panggil "mama..mama" bercampur bahasa merapunya lagi memang memeningkan kepala..
Setiap orang yang lalu lalang mesti tegur dia.. sebab dia pun menegur setiap sorang tuu.. huhuhu
"nape tak tidur lagi ni.. pukul berapa dah ni dok main-main lagi.."
mesti orang ingat anak saya ni jenis buas tak reti tidur walaupun dah lewat!
huhuhu.. tidakkkk...
dia seorang budak yang tidur seawal 9-10 malam..
dia sudah terlari waktu tidur biasanya saja..
terkejut dengan persekitaran di tengah malam berada di luar dari katilnya.. huhuhu..
Sepanjang melayan karenah si kecil ku itu,
si suami setia menemani abahnya di ward sambil membacakan surah Yassin..

Kami stay di Ipoh selama 3 hari (jumaat-ahad)
di Fair Park Hotel.. (very recommended bajet hotel kalau nak stay di Ipoh)
Sepanjang 3 hari setia menunggu dan melawat abah di hospital..
Makan minum kami waktu tu pun dah tak terurus..
sama jugaklah makan minum si kecilku..
nasiblah dia breastfeeding.. kemana sahaja memang sangat mudah..
Jumaat and sabtu keadaan abah ada peningkatan..
pernafasan, HB ada peningkatan..
bila kejutkan dan dipanggil ada respond..
abah buka mata dan berupaya untuk menggerakkan mulut tanpa suara "abah tak boleh cakap"..
cukup menggembirakan hati kami melihat respond abah..
tapi Allah lebih sayangkan dia..
setiap yang hidup pasti akan mati..
Kami menerima pemergiannya dengan Redha..
Semoga abah tenang di sana..

21.7.2012
kita semua umat Islam akan bermula untuk menunaikan ibadah puasa selama sebulan..
Alhamdulillah..
berkesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa
dan selamat menunaikan ibadah pada bulan yang mulia penuh dengan barakah ini
InsyaAllah..
Tahun kedua berpuasa sebagai breastfeeding mom..
Semoga aku diberi kekuatan untuk berpuasa..
dan diberikan rezeki yang sentiasa cukup untuk bekalan susu Aufiya..
Salam Ramadhan dari saya dan dari sekecil ini untuk semua uncles and aunties yang tersayang.. ;)




No comments:

Post a Comment