Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday

Cuba teka Aufiya tengah buat apa..
Hehe..
Ini memang gaya fav dia..
:)


Tuesday, May 15, 2012

Istimewa

Istimewanya Aufiya memiliki nenek dan opah yang istimewa. Nenek Aufiya bisu. Begitu direct ayat aku. Tapi, hakikatnya begitulah.. My MIL tidak boleh bercakap dan tidak mendengar. Lebih kurang juga dengan ibu kandung aku.

Mak aku sendiri pun kurang pendengaran. Tapi, tidaklah bisu. Boleh bercakap. Mak mendengar dengan alat bantuan pendengaran. Tanpa alat itu, dia seolah-olah pekak. Bisiklah sebelah telinga pun dia takkan dengar. Dah lama mak tak berapa dengar. Seingat aku, masa aku kecik-kecik dulu pendengaran mak ok lagi. Tapi makin lama. makin meningkat usia, mak makin tak mendengar. Memang kami adik beradik kena cakap kuat-kuat dengan mak. Orang yang tak biasa/tak kenal siapa mak kami, mesti pelik dengar kitorg cakap dengan mak. Macam kurang ajar je cakap dengan mak terpekik, macam tengking. Hakikatnya, bukanlah kami sengaja berbuat demikian. Kalau cakap slow-slow, memang mak tak dengar. My husband sendiri pun agak terkejut dengar aku cakap dengan mak. Sampai ditegurnya lain kali cakap la baik-baik dengan mak. Bunyi memang sangat kasar. Yela..korang cuba cakap jerit-jerit, kuat-kuat dengan mak korang. Macam kurang ajar kan.. Tapi, kami terpaksa, dan dah terbiasa.

Mak mertua memang cacat pendengaran. Dun memang mahirla berbahasa isyarat. Aku terkial-kial juga kalo nak berborak dgn Mama (mil). Mujur dia pandai baca pergerakan mulut. Boleh la cakap or borak sikit-sikit. Kalau faham, ok la.. Kalau tak faham, itu yang susah.. kena mintak Dun tolong cakapkan. huhu.. Tapi, aku kurang bercakap or bercerita dengan Mama. Risau salah cakap, atau dia tak faham apa yang aku cakap. Baiknya aku berdiam sahaja. Mama sangat sensitif. Kadang tu kita cakap lain, tapi lain pulak yang dia faham. So, bila nak bercakap, kena berhati-hati. Kalau berjauhan, kami SMS je. SMS pun kena susun ayat betul-betul, baik-baik supaya dia faham. hee ;)

Aufiya seolah-olah faham yang nenek dia bisu. Apa yang kami perasan, dia membuat aksi pergerakan tangan bila berinteraksi dengan nenek. Kelakar sangat. Anak sekecil itu mengerti cara berinteraksi dengan neneknya yang bisu. Di gerak-gerakkan tangan, jari, bila nak cakap something dengan nenek. Siap gerak-gerak kepala mimik muka semua. Ya Allah..sungguh bijak anak kecil aku itu. Walaupun dia memang belum mengerti apa-apa. Dengan aksinya begitu, membuatkan si nenek mengalir air mata. Tak tahu lah sedih ke, terharu. Mungkin tersentuh hati kerana cucunya yang belum tahu bercakap pun mengerti keadaan dirinya begitu. Maka, nenek pun ajarla Aufiya sign seperti Papa, Mama, Kerja, Makan. Yang simple-simple saja. Memang Aufiya ikut. Tapi dengan cara dia la. Terkekek-kekek kami ketawa tengok gelagat dia. Tiba2 aku terbayang, macam ni la kot Dun belajar sign kecik-kecik dulu. comel sgt!


macam ni la contoh sign untuk 'PAPA'. Tapi Aufiya tak buat exactly macam ni pun. Jari terlunjuk dicucuknya menghala ke mata. haha.. Cuba banyak kali pun, banyak kali la dia cucuk mata. Yang kelakarnya dia cuba buat, tapi tak menjadi. At least dia mencuba. Kecik lagi pun nak belajar sign. huhu.. Sign untuk 'MAMA' sama jugak, cuma halakan tangan di dagu. Yang ni, dia cucuk pipi. huhu.. Nenek ajar jugak sign 'KERJA'. Sepatutnya buat macam penumbuk kedua-dua tangan dan lagakan (macam tom tom bak tuuu) tapi kan..Aufiya buat macam dalam gambar kiri, bawah ni.. hahaha.. Cuba lagi yer sayang.. Dah pandai sign nanti, boleh borak dengan nenek. Boleh faham cakap nenek.


Aufiya macam ada instinct dengan orang istimewa ni. My cousin bisu juga. Dia merangkap Pakcik Aufiya la (Pak Ngah Aiman). Dia anak Mak Usu aku yang mengasuh Aufiya. He is her favorite man. Memang dari Aufiya kecik lagi dia sangat suka dengan Pak Ngah dia ni. Dalam ramai-ramai orang yang kerumun dia, dia akan pilih Pak Ngah dia. Suka sampai tersengih-sengih, excited, lompat-lompat, jerit-jerit kalau nampak pak ngah ni. Kalau Pak Ngah tak nak amik/dukung dia pun, dia akan pergi sendiri kat Pak Ngah. Sabarr ajela. Kami pun pelik apa la yang Aufiya nampak pada dia. Mama and Papa kalah okeyy kalo ada Pak ngah. Haishh.. Kalau Pak Ngah lalu depan rumah pun, terkinja-kinja, terjerit-jerit la anak dara ni sebab terlalu seronok. Rugi tak rekod aksi excited dia tu dulu. Sekarang ni sejak dah setahun, kami perasan Aufiya mula interksi dengan pak ngah sama macam dia interaksi dengan nenek. Maknanya si kecil ni faham, dua insan dalam hidup dia ni istimewa. Subhanallah.. Memang dengan nenek dan pak ngah Aiman saja dia akan buat aksi sign (angkat tangan, pusing-pusing) seolah-olah dia memang dia sedang cuba berinterksi dengan mereka. Pak ngah mampu tergelak jela dengan aksi dia tu. Memang kami semua terhibur dengan aksi Aufiya.

Sekarang ni kalau tanya dia 'mana Papa?' dengan niat kita nak dia tunjuk papa kat mana la kan.. Tapi, dia pi buat 'sign PAPA' la pulak.. haha.. Kali ni tak cucuk mata dah.. Dia buat sign tunjuk ke dahi. Sabar aje la.. Lain pulak pemahaman dia. Sudah confuse ini budak. hihihi.. Anak orang lain pun yang sebaya Aufiya mesti boleh pandai sign sikit-sikit kalau berada dalam environment family macam kami ni. Aufiya kira special case la. Aufiya dah cukup membuatkan mama n papa terhibur dengan aksi-aksi comel Aufiya setakat ni. there is more to come. Hope anak mama tak belajar ajaran sesat sudah. hihi.. Belajar benda yang baik-baik supaya boleh jadi bijak jadi cerdik. Cuma part berjalan je tak boleh-boleh lagi. Masih mencuba. Baru mula lepas-lepas tangan. Itu pun jangan ada sesiapa ternampak/tegur, automatik dia duduk laju-laju. Sekarang ni aku biarkan saja dia main sorang-sorang. Ke sana ke mari dengan toys dia, push car, pre-walker, basikal dia.. Aku perhatikan saja. Semalam ada la selangkah dua dia macam berjalan lepas tangan. Tergelak kecil dalam hati aku masa tu. Seronok rupanya tengok anak mula berjalan! *proud mama ;)

Sunday, May 13, 2012

Intagram

woot woot!
heheh..
aku memang sangat gilakan instagram sekarang ni
sehari kalo tak upload satu gambar rasa cam tak complete
walaupun penuh gambar Aufiya je dalam tu ;)

instagram boleh buat gambar yang tak cun jadi cun
yang cool bertambah cool!
and snap pi lah gambaq apa pun, sure takda sapa kesah
sapa suka, boleh follow, siapa kita rasa annoy, just leave it with her 'perasan' life! 
boleh Unfollw ajer..
hehe..

tapi, lebih cool kalau ada real instagram camera macam ni kan..!
comelnyaaaa!
nak satu....






* ( Sumber gambar : disini ) *


My Instagram
baru ada 68 follower
;)


Aktiviti Petang Ahad

Kalau takde aktiviti, memang kami dok rumah je
Tapi boring jugak dari pagi tak ke mana
Biasanya memang kami akan keluar jugak untuk hiburkan Aufiya
Kesian kat dia mesti bosan main dalam rumah kecik kami ni
Tak berapa bebas untuk dia bergerak
Maka, kami dengan berbesar hati bawak Aufiya beriadah ke taman
Semata-mata untuk hiburkan dia, biasa dengan tempat orang ramai, kenal persekitaran, tengok birds, kites
Lokasi yang dituju dekat saja
Taman Metropolitan Kepong
Lebih kurang 5km dr umah kami
Taman tu mmg jadi tumpuan orang ramai bila hujung minggu
Ramai gile orang!

So, petang tadi untuk kali kedua Aufiya ke situ lagi
Aufiya baru sampai 2 kali
Mama ngn papa dah byk kali sampai
Before kawen penah jogging di situ
Mase preggy pun byk kali
Tgok org main kites, beriadah dgn family Chu ngn cousins

Ok cerita pasal petang tadi
Kami sampai pun dah lewat dalam pukul 6.30 ptg
Langit dah gelap sgt dah
memang bila-bila masa hujan akan turun
Tapi kami gagahkan jugak turun ke taman
Bagi syarat pun jadila boleh bawak Aufiya beriadah sambil berjalan menolak pre-walker dia
Masalahnya, si kecik tu sampai2 je dia tak mau bergerak
Dok la tegak setempat sibuk tengok orang lalu lalang
Sampai ke langit die mendongak sbb nampak bird banyak
Bila orang dah tak de, baru la die berjalan 5,6 langkah
Bila ada orang, die stop pulak tengok2 orang
Haih.. Sabar ajela..
Kite dah la bg mase kejap je kat die untuk jalan-jalan
Ye la, hari nak hujan kan
Last2, ade la dekat 10 langkah je move pastu cepat2 lari ke kereta
Hujan dah renyai2..

Haih la Aufiya..
Dia memang sukaaa sangat tengok orang
Siap sengih2, tegur2, babai2 orang yang lalu lalang tengok dia
Tapiii... Kalau orang tu datang dekat, sombong pulak
Jauh2 kemain lagi die
Sengaja la buat orang geram kat dia..
Jom layan gambar yang sempat mama snap dlm rushing td.. ;)


Si Debab yang sebok tengok orang lalu lalang

Tengok kanan.. tengok kiri..

Papa datang panggil and paksa dia jalan..hihi

hiyahh hiyahh

jauh sikit la bergerak dari check point tadi

wuuu...

stop pulak.. tengok orang lalu kat belakang tu

"eiii.. bird..bird.." bird lalu pun teruja juga..

haih.. penat betul tengok orang kat sini

pakai topi sbb mama risau nak hujan

cukup la sampai di sini, moh kite balik.. memang hujan bakal turun.. 

separuh jalan pun tak sampai Aufiya berjalan
kononnya nak ke playground
tapi memang tak sampai la disebabkan banyak sangat iklan si debab nak tengok
minggu depan kita sambung jalan-jalan lagi
harap-harap cuaca elok-elok saja.. ;)



Friday, May 11, 2012

Aufiya Bam Bam

Lumrah lah bila dah jadi mak kena nyanyi-nyanyi untuk anak..
tak kisah la lagu apa pun, suara tak merdu pun..
yang penting si anak happy dan terhibur dengan kita..
kita pun happy sangat tengok anak kita happy kan?

Enjoy this Chick-A-Boom and Tepuk Amai-amai versi Aufiya.. ;)


Monday, May 7, 2012

Saya diserang MASTITIS! ;(

Sebelum memulakan bicara..
i have to mention that till now
saya adelah ibu yang fully breastfeed anak yang berusia satu tahun dua bulan (14bulan)


Tarikh bersejarah buat diriku di serang MASTITIS
29 April 2012 (Ahad) about 5.00pm
tgh tidur after kepenatan bermain bowling 6 games
tiba2 terjaga sebab sakit sangat B sebelah kiri
berdenyut-denyut dan pedih
terasa seperti ada ketulan di situ
ketulan yang agak besar
rasa macam nak demam pun ada
terus call Tasya (one of my fren yg fully bf jgk)
die pun terkena mastitis baru2 ni
Tasya cakap kena keep on tuam dgn air panas dan kerapkan pam
mula2 aku igt nak bg Aufiya hisap je dulu
tapi mase tu Aufiya tengah nyenyak tidur
tak sampai hati nak kejutkan
cepat-cepat aku amik pam dan terus pam
sambil tuam dengan kain yg direndam dalam air panas
susu keluar, tapi still berdenyut-denyut
rasanya macam bentan lebam bila dipicit
MasyaAllah..tuhan saja yang tau sakit masa tu
sambil pam tu meleleh-leleh air mata
bila dah lama pam, tiba-tiba keluar cecair bewarna kuning pekat
macam nanah, lepas tu keluar darah pulak
ahh sudahh..
tangan terketar-ketar la nampak darah tu
(actually satu saluran je yang tersumbat tu.. yang lain2 keluar susu biasa)
hati mula risau
susu pun dah bertukar warna kotor
ada keladak dibawah (dalam botol pam)
mungkin keladak darah dah mendap
nak suruh aufiya hisap pun dah was-was
memang Aufiya tak hisap belah yang sakit tu sampai takde keluar nanah lagi
tapi refer pada doctor, sebenarnya selamat untuk baby minum susu time tu
nanah or darah yang keluar dr breast tidak akan effect pada baby
itulah kuasa Allah..


Malam tu still sakit, masih berdenyut-denyut
badan pun dah lemah, tak larat nak move sangat
lenguh bahu
check temperature sudah 38°C
ye, aku demam disebabkan mastitis
nasib baik la Aufiya sangat behave
kesian kat die..dia baru je baik demam..5 hari die demam
sekarang tiba giliran mamanye pulak yang demam
malam tu jugak pegi klinik
cari klinik doctor wanita dekat area Selayang saje
malangnya doctor tu mcm freshies 
dia blur-blur dengan penyakit aku
time nak amik ubat tu die datang explain ape yang patut aku buat utk rawatan sendiri
hahaha.. baru lepas google la tu.. tak pelah..
asalkan aku dpt ubat yg boleh relief sakit and nanah yang keluar
dannn.. doc bg MC satu hari ;)
die just bg antibiotic je pun
mmg nanah stop after mkn antibiotic tu
ketulan masih ade
tp aku still keep on pumping n tuam
tidur malam tu tak sakit dah
boleh tidur dengan tenang.. Alhamdulillah


Esoknye demam dtg kembali
badan lemah tak bermaya
sejuk terketar-ketar
tapi B dah kurang berdenyut
ketulan yang ade tu susah betoi nak surut
nanah still keluar kalau picit kuat-kuat
time pam dah tak keluar nanah lagi
dan mase tu, aku mmg confident bg Aufiya hisap
memang kerap sangat bg die hisap belah kiri tu
dah berpuluh kali LDR pun ketulan degil masih tidak surut
risau sangat 
sampai hari rabu pun ketulan tu tak berkurang
pegi klinik pakar pulak hari rabu tu
doctor kali ni mcm berpengalaman
die kata kes aku ni normal
disebabkan Aufiya dah umur setahun lebih, sudah berigig
doc assume Aufiya tergigit nipple time menyusu
kebarangkalian ade saluran susu yang tersumbat bila baby tergigit nipple time menyusu
apabila saluran tersumbat sbb itu la jadinye ketulan susu yang tak boleh nak keluar
(doctor cerita guna bahasa senang faham jela)
kes aku ni sampai keluar nanah sbb susu yang tersumbat itu telah terkena infection
and sebelum2 ni nipple mmg kerap sgt luka digigit oleh anak dara aku tu laa
tp ada nanah pun still selamat untuk baby minum
doc tukar antibiotic lain untuk aku makan
tp sebijik je kot aku telan.. huhu
lepas jumpa doc tu terus ketulan hilang sikit demi sedikit
biase la kan.. bila dah habis beratus, baru sakit kita akan hilang
hilang sendiri pulak tu.. huhu..


total duit keluar RM45+RM65
terasa macam rugi sebab ubat tu tak makan pun
lagi satu sebab mastitis ni memang akan baik sendiri tapi kena sentiasa rawat manually
disebabkan terlalu risau, dan termakan nasihat orang2 keliling
terbawak jugak aku ke klinik.. huhuhu
tapi bagus jugak.. at least hati tenang dapat jumpa doctor
tak dela terlebih risau
bukan ape, risau jadi lebih teruk je..
selalunya kes sakit2 ni kalau terlambat tak boleh diundur..mungkin boleh jadi lebih teruk
kan bahaya untuk diri sendiri
tak mahu la jadi begitu..
Mudah-mudahan tidak diserang mastitis lagi
minta dijauhkann




**sedikit info berkenaan MASTITIS:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0002460/
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/menyusu-badan/245-bengkak-susu-mastitis.html

Thursday, May 3, 2012

Nur Aufiya Hana Binti Hamdanawal

Anak sulung kepada Dun & Am
nama diberi oleh aku sendiri ;)
sbb suamiku seorang yang sangat mengikut kehendak isteri
apa pun mesti dia dahulukan aku..
Alhamdulillah..

Nur Aufiya Hana
bermaksud Cahaya Keberanian Kebahagiaan
kami memanggil dengan nama Aufiya sahaja

Lahir pada 22 Feb 2011 (220211)
tepat jam 1:24am
seberat 3.15kg
tinggi 50cm (setengah meter cukup)
secara normal..
sihat sempurna
cukup sifatnya
Alhamdulillah
begitu indah ciptaan Allah

BERAT Aufiya (month by month):
newborn : 3.15kg
1 Bulan   : 4.2kg
2 Bulan   : 5.5kg
3 Bulan   : 6.8kg
4 Bulan   : 7.2kg
5 Bulan   : 8.3 kg
6 Bulan   : 8.9kg
7 Bulan   : 9.2kg
8 Bulan   : 9.7kg
9 Bulan   : 10kg
10 Bulan : 10.2kg
11 Bulan : 10.6kg
12 Bulan : 11.2kg

bab berat, Aufiya memang champion
berat dia naik mendadak-dadak
badan dia bagai dipam-pam
pegi mana-mana semua orang geram dengan badan dia yang berketul-ketul, berlipat-lipat
kami as a parent pun tak sangka badan dia boleh jadi macam tu
sedangkan for the first six month dia hanya minum susu badan (before start solid food)
saya percaya memang berkat fully breastfeed
tapi lepas start solid food, susu pun dia kurang minum (kurang tak kurang sangat la)
dia mula aktif, berat pun xberapa nak naik banyak sangat
tapi still bambam!

Berketul-ketul kan?? rindu sangat Aufiya masa Baby.. cepat betul anak ini membesar..

saja nak update tentang dia
sebab nanti-nanti takut terlupa
bila-bila free nanti nak update pengalaman bersalin
memang kalau boleh tak nak luput dalam ingatan pengalaman yang baling best tu!
tapi sekarang macam dah hampir2 lupa je.. errrr
kena cepat2 karang nih! huhuhu