Monday, May 7, 2012

Saya diserang MASTITIS! ;(

Sebelum memulakan bicara..
i have to mention that till now
saya adelah ibu yang fully breastfeed anak yang berusia satu tahun dua bulan (14bulan)


Tarikh bersejarah buat diriku di serang MASTITIS
29 April 2012 (Ahad) about 5.00pm
tgh tidur after kepenatan bermain bowling 6 games
tiba2 terjaga sebab sakit sangat B sebelah kiri
berdenyut-denyut dan pedih
terasa seperti ada ketulan di situ
ketulan yang agak besar
rasa macam nak demam pun ada
terus call Tasya (one of my fren yg fully bf jgk)
die pun terkena mastitis baru2 ni
Tasya cakap kena keep on tuam dgn air panas dan kerapkan pam
mula2 aku igt nak bg Aufiya hisap je dulu
tapi mase tu Aufiya tengah nyenyak tidur
tak sampai hati nak kejutkan
cepat-cepat aku amik pam dan terus pam
sambil tuam dengan kain yg direndam dalam air panas
susu keluar, tapi still berdenyut-denyut
rasanya macam bentan lebam bila dipicit
MasyaAllah..tuhan saja yang tau sakit masa tu
sambil pam tu meleleh-leleh air mata
bila dah lama pam, tiba-tiba keluar cecair bewarna kuning pekat
macam nanah, lepas tu keluar darah pulak
ahh sudahh..
tangan terketar-ketar la nampak darah tu
(actually satu saluran je yang tersumbat tu.. yang lain2 keluar susu biasa)
hati mula risau
susu pun dah bertukar warna kotor
ada keladak dibawah (dalam botol pam)
mungkin keladak darah dah mendap
nak suruh aufiya hisap pun dah was-was
memang Aufiya tak hisap belah yang sakit tu sampai takde keluar nanah lagi
tapi refer pada doctor, sebenarnya selamat untuk baby minum susu time tu
nanah or darah yang keluar dr breast tidak akan effect pada baby
itulah kuasa Allah..


Malam tu still sakit, masih berdenyut-denyut
badan pun dah lemah, tak larat nak move sangat
lenguh bahu
check temperature sudah 38°C
ye, aku demam disebabkan mastitis
nasib baik la Aufiya sangat behave
kesian kat die..dia baru je baik demam..5 hari die demam
sekarang tiba giliran mamanye pulak yang demam
malam tu jugak pegi klinik
cari klinik doctor wanita dekat area Selayang saje
malangnya doctor tu mcm freshies 
dia blur-blur dengan penyakit aku
time nak amik ubat tu die datang explain ape yang patut aku buat utk rawatan sendiri
hahaha.. baru lepas google la tu.. tak pelah..
asalkan aku dpt ubat yg boleh relief sakit and nanah yang keluar
dannn.. doc bg MC satu hari ;)
die just bg antibiotic je pun
mmg nanah stop after mkn antibiotic tu
ketulan masih ade
tp aku still keep on pumping n tuam
tidur malam tu tak sakit dah
boleh tidur dengan tenang.. Alhamdulillah


Esoknye demam dtg kembali
badan lemah tak bermaya
sejuk terketar-ketar
tapi B dah kurang berdenyut
ketulan yang ade tu susah betoi nak surut
nanah still keluar kalau picit kuat-kuat
time pam dah tak keluar nanah lagi
dan mase tu, aku mmg confident bg Aufiya hisap
memang kerap sangat bg die hisap belah kiri tu
dah berpuluh kali LDR pun ketulan degil masih tidak surut
risau sangat 
sampai hari rabu pun ketulan tu tak berkurang
pegi klinik pakar pulak hari rabu tu
doctor kali ni mcm berpengalaman
die kata kes aku ni normal
disebabkan Aufiya dah umur setahun lebih, sudah berigig
doc assume Aufiya tergigit nipple time menyusu
kebarangkalian ade saluran susu yang tersumbat bila baby tergigit nipple time menyusu
apabila saluran tersumbat sbb itu la jadinye ketulan susu yang tak boleh nak keluar
(doctor cerita guna bahasa senang faham jela)
kes aku ni sampai keluar nanah sbb susu yang tersumbat itu telah terkena infection
and sebelum2 ni nipple mmg kerap sgt luka digigit oleh anak dara aku tu laa
tp ada nanah pun still selamat untuk baby minum
doc tukar antibiotic lain untuk aku makan
tp sebijik je kot aku telan.. huhu
lepas jumpa doc tu terus ketulan hilang sikit demi sedikit
biase la kan.. bila dah habis beratus, baru sakit kita akan hilang
hilang sendiri pulak tu.. huhu..


total duit keluar RM45+RM65
terasa macam rugi sebab ubat tu tak makan pun
lagi satu sebab mastitis ni memang akan baik sendiri tapi kena sentiasa rawat manually
disebabkan terlalu risau, dan termakan nasihat orang2 keliling
terbawak jugak aku ke klinik.. huhuhu
tapi bagus jugak.. at least hati tenang dapat jumpa doctor
tak dela terlebih risau
bukan ape, risau jadi lebih teruk je..
selalunya kes sakit2 ni kalau terlambat tak boleh diundur..mungkin boleh jadi lebih teruk
kan bahaya untuk diri sendiri
tak mahu la jadi begitu..
Mudah-mudahan tidak diserang mastitis lagi
minta dijauhkann




**sedikit info berkenaan MASTITIS:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0002460/
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/menyusu-badan/245-bengkak-susu-mastitis.html

9 comments:

  1. Ah ni yg takut ni..sbb pnh kena msa dlm pantang.mmg sakit ya amat.tp x smpai tahap keluar nanah n darah..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi. Saya pernah kena mastitis mASa anak berusia 3 bulan. Pengalaman sangat mencabar! Tapi saya "haramkan susu formula" berada di rumah saya. Dengan disiplin dan azam tu, saya teruskan menyusu anak walaupun dengan sebelah susu sahaja. Alhamdulillah dengan bantuan vitamin saya cepat kembali sembuh perlahan-lahan, dan mula menyusu semula sampailah anak berusia 2 tahun 3 bulan. sampai sekarang saya suka share dengan ibu-ibu pengalaman saya supaya mereka dapat belajar menyusu dengan teknik yang betul dan tak mudah putus asa :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkongsi. Saya pernah kena mastitis mASa anak berusia 3 bulan. Pengalaman sangat mencabar! Tapi saya "haramkan susu formula" berada di rumah saya. Dengan disiplin dan azam tu, saya teruskan menyusu anak walaupun dengan sebelah susu sahaja. Alhamdulillah dengan bantuan vitamin saya cepat kembali sembuh perlahan-lahan, dan mula menyusu semula sampailah anak berusia 2 tahun 3 bulan. sampai sekarang saya suka share dengan ibu-ibu pengalaman saya supaya mereka dapat belajar menyusu dengan teknik yang betul dan tak mudah putus asa :)

    ReplyDelete
  4. Tq share pengalaman .. Sekrg sy tngh mngalamii nyee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy sedang alaminya...xde ketulan tp doc xnk scan...hmmmmstressnye

      Delete
    2. Sy sedang alaminya...xde ketulan tp doc xnk scan...hmmmmstressnye

      Delete
    3. Sy nak tanya..klu jd bengkak susu..mkn kena pantang ke? Sbb sy ada tya dktr mgu lepas..dktr ckp mkn mcm biasa ja..mgu lepas..selepas dktr amik sample bengkak susu..sy hya mkn ayam je tu pun 1 ketul..tp ari nie bengkal susu jd merah sikit..sakit sgt²..ada sapa boleh bg pencerahan

      Delete
  5. Tq sgt share.. Sgt membantu. Walaupun pernah kena mastitis sebelum ni.. Ketika tu sembuh dalam 2hari je. Kali ni dah 5hari tak kebah juga demam. Malah bengkak di tempat lain pula. Baru ingat nak jumpa specialist esok..

    ReplyDelete
  6. Tq share pengalaman.. Sy pun tgh alaminya skrg.. Tp masih xtahu sbb ape boleh bernanah nie..

    ReplyDelete