Tuesday, May 15, 2012

Istimewa

Istimewanya Aufiya memiliki nenek dan opah yang istimewa. Nenek Aufiya bisu. Begitu direct ayat aku. Tapi, hakikatnya begitulah.. My MIL tidak boleh bercakap dan tidak mendengar. Lebih kurang juga dengan ibu kandung aku.

Mak aku sendiri pun kurang pendengaran. Tapi, tidaklah bisu. Boleh bercakap. Mak mendengar dengan alat bantuan pendengaran. Tanpa alat itu, dia seolah-olah pekak. Bisiklah sebelah telinga pun dia takkan dengar. Dah lama mak tak berapa dengar. Seingat aku, masa aku kecik-kecik dulu pendengaran mak ok lagi. Tapi makin lama. makin meningkat usia, mak makin tak mendengar. Memang kami adik beradik kena cakap kuat-kuat dengan mak. Orang yang tak biasa/tak kenal siapa mak kami, mesti pelik dengar kitorg cakap dengan mak. Macam kurang ajar je cakap dengan mak terpekik, macam tengking. Hakikatnya, bukanlah kami sengaja berbuat demikian. Kalau cakap slow-slow, memang mak tak dengar. My husband sendiri pun agak terkejut dengar aku cakap dengan mak. Sampai ditegurnya lain kali cakap la baik-baik dengan mak. Bunyi memang sangat kasar. Yela..korang cuba cakap jerit-jerit, kuat-kuat dengan mak korang. Macam kurang ajar kan.. Tapi, kami terpaksa, dan dah terbiasa.

Mak mertua memang cacat pendengaran. Dun memang mahirla berbahasa isyarat. Aku terkial-kial juga kalo nak berborak dgn Mama (mil). Mujur dia pandai baca pergerakan mulut. Boleh la cakap or borak sikit-sikit. Kalau faham, ok la.. Kalau tak faham, itu yang susah.. kena mintak Dun tolong cakapkan. huhu.. Tapi, aku kurang bercakap or bercerita dengan Mama. Risau salah cakap, atau dia tak faham apa yang aku cakap. Baiknya aku berdiam sahaja. Mama sangat sensitif. Kadang tu kita cakap lain, tapi lain pulak yang dia faham. So, bila nak bercakap, kena berhati-hati. Kalau berjauhan, kami SMS je. SMS pun kena susun ayat betul-betul, baik-baik supaya dia faham. hee ;)

Aufiya seolah-olah faham yang nenek dia bisu. Apa yang kami perasan, dia membuat aksi pergerakan tangan bila berinteraksi dengan nenek. Kelakar sangat. Anak sekecil itu mengerti cara berinteraksi dengan neneknya yang bisu. Di gerak-gerakkan tangan, jari, bila nak cakap something dengan nenek. Siap gerak-gerak kepala mimik muka semua. Ya Allah..sungguh bijak anak kecil aku itu. Walaupun dia memang belum mengerti apa-apa. Dengan aksinya begitu, membuatkan si nenek mengalir air mata. Tak tahu lah sedih ke, terharu. Mungkin tersentuh hati kerana cucunya yang belum tahu bercakap pun mengerti keadaan dirinya begitu. Maka, nenek pun ajarla Aufiya sign seperti Papa, Mama, Kerja, Makan. Yang simple-simple saja. Memang Aufiya ikut. Tapi dengan cara dia la. Terkekek-kekek kami ketawa tengok gelagat dia. Tiba2 aku terbayang, macam ni la kot Dun belajar sign kecik-kecik dulu. comel sgt!


macam ni la contoh sign untuk 'PAPA'. Tapi Aufiya tak buat exactly macam ni pun. Jari terlunjuk dicucuknya menghala ke mata. haha.. Cuba banyak kali pun, banyak kali la dia cucuk mata. Yang kelakarnya dia cuba buat, tapi tak menjadi. At least dia mencuba. Kecik lagi pun nak belajar sign. huhu.. Sign untuk 'MAMA' sama jugak, cuma halakan tangan di dagu. Yang ni, dia cucuk pipi. huhu.. Nenek ajar jugak sign 'KERJA'. Sepatutnya buat macam penumbuk kedua-dua tangan dan lagakan (macam tom tom bak tuuu) tapi kan..Aufiya buat macam dalam gambar kiri, bawah ni.. hahaha.. Cuba lagi yer sayang.. Dah pandai sign nanti, boleh borak dengan nenek. Boleh faham cakap nenek.


Aufiya macam ada instinct dengan orang istimewa ni. My cousin bisu juga. Dia merangkap Pakcik Aufiya la (Pak Ngah Aiman). Dia anak Mak Usu aku yang mengasuh Aufiya. He is her favorite man. Memang dari Aufiya kecik lagi dia sangat suka dengan Pak Ngah dia ni. Dalam ramai-ramai orang yang kerumun dia, dia akan pilih Pak Ngah dia. Suka sampai tersengih-sengih, excited, lompat-lompat, jerit-jerit kalau nampak pak ngah ni. Kalau Pak Ngah tak nak amik/dukung dia pun, dia akan pergi sendiri kat Pak Ngah. Sabarr ajela. Kami pun pelik apa la yang Aufiya nampak pada dia. Mama and Papa kalah okeyy kalo ada Pak ngah. Haishh.. Kalau Pak Ngah lalu depan rumah pun, terkinja-kinja, terjerit-jerit la anak dara ni sebab terlalu seronok. Rugi tak rekod aksi excited dia tu dulu. Sekarang ni sejak dah setahun, kami perasan Aufiya mula interksi dengan pak ngah sama macam dia interaksi dengan nenek. Maknanya si kecil ni faham, dua insan dalam hidup dia ni istimewa. Subhanallah.. Memang dengan nenek dan pak ngah Aiman saja dia akan buat aksi sign (angkat tangan, pusing-pusing) seolah-olah dia memang dia sedang cuba berinterksi dengan mereka. Pak ngah mampu tergelak jela dengan aksi dia tu. Memang kami semua terhibur dengan aksi Aufiya.

Sekarang ni kalau tanya dia 'mana Papa?' dengan niat kita nak dia tunjuk papa kat mana la kan.. Tapi, dia pi buat 'sign PAPA' la pulak.. haha.. Kali ni tak cucuk mata dah.. Dia buat sign tunjuk ke dahi. Sabar aje la.. Lain pulak pemahaman dia. Sudah confuse ini budak. hihihi.. Anak orang lain pun yang sebaya Aufiya mesti boleh pandai sign sikit-sikit kalau berada dalam environment family macam kami ni. Aufiya kira special case la. Aufiya dah cukup membuatkan mama n papa terhibur dengan aksi-aksi comel Aufiya setakat ni. there is more to come. Hope anak mama tak belajar ajaran sesat sudah. hihi.. Belajar benda yang baik-baik supaya boleh jadi bijak jadi cerdik. Cuma part berjalan je tak boleh-boleh lagi. Masih mencuba. Baru mula lepas-lepas tangan. Itu pun jangan ada sesiapa ternampak/tegur, automatik dia duduk laju-laju. Sekarang ni aku biarkan saja dia main sorang-sorang. Ke sana ke mari dengan toys dia, push car, pre-walker, basikal dia.. Aku perhatikan saja. Semalam ada la selangkah dua dia macam berjalan lepas tangan. Tergelak kecil dalam hati aku masa tu. Seronok rupanya tengok anak mula berjalan! *proud mama ;)

No comments:

Post a Comment