Monday, May 21, 2012

Stunt Girl


Aufiya is 15month young today..
Happy Birthday my little girl..
Sempena hari meningkat usia saya hari ini
Pagi-pagi lagi saya telah berjaya meluruhkan jantung mama
Hari ini saya jadi STUNT GIRL!
Wooohooo!! Saya HEBAT!
Saya berjaya menahan drawer cabinet yang hampir terbalikdengan kedua belah tangan saya dan dada saya..
Anda mampu??
FUHH! Kuat kan saya??

Ok.. ceritanya begini..
Iron baju keje telah menjadi rutin harianku pagi-pagi..
Time tu around 7am..
Si kecik tu bangun awal sekarang..
Pukul 6am dah terbeliak biji mata..
Tengok mama takde kat katil, die pun dah tak sedap naktidur, mau bangun juga..
Dalam pukul 7am tu die dah segar bugar la..
Memang aku biarkan die main-main di drawer cabinet tu kalauaku tgh iron baju..
Biasanya dia akan bukak drawer satu per satu..
Drawer bawah ada baju kurung aku yg tak muat disangkut..
Kalau tak jumpa brush blusher ke, deodorant ke, bekascontact lens ke..
Carilah dalam drawer bawah sekali..
Selak-selak la sikit celah baju..
Memang dah disimpan baik oleh Aufiya kat dalam tu..
Drawer tengah ada baju Papa..
Dia tak berminat sangat baju-baju dalam tu.. hehe
Drawer first paling tinggi sama paras kepala dia..
Hanya mampu dibukak dan ditutup..
Dicapai-capai tangan dengan gigih untuk dapatkan barangmekap and accessories mama..
Tapi tak pernah berjaya..
Memang tak sampai..
Atas drawer pulak dia dapat capai hujung-hujung je..
Kadang tengah mekap dia bising la“maa..nakk..maa..maaa…nakk..”
Apa yang aku pegang mesti dia mintak..
Bila dah bagi, terus dia duduk n buat gaya macam tengahmekap.. ;)

Nak dijadikan cerita pagi tadi..
Tengah aku iron baju..
Ketiga-tiga drawer dibukaknya serentak oleh si kecik tu..
Ntah apa agenda dia aku tak tahu..
Tiba-tiba dia bangun berdiri mencapai drawer atas sekali..
Digenggam dan dipaut drawer itu..
PRANGGG!! Jatuh semua segala perfume, pasu yang ada atasdrawer..
Menyenget drawer cabinet tu!
Maybe sebab beban yang di tarik sebelah dia lebih berat..
Sampai nak terbalik cabinet tu..
Tapi nasib tak terbalik disebabkan ada stunt girl kitatengah menahan drawer daripada terbalik!
Hahahaha..
Jantung aku dah luruh dah masa tu..
Terketar-ketar tangan pegi menyambut drawer cabinet..
Dijauhkan stunt girl dari kawasan kejadian..
Kutip semua benda yang bertaburan..
Terlupa yang aku tengah iron tadi!
Cantik je iron yang dipasang ke level paling max tu terdiamje di atas baju kurung aku..
Waaaaa…! Nasib tak hangus!
Mujurlah semua berlaku sepantas kilat..
Papa yang tengah mandi pun terus keluar dari toilet sebabterdengar bunyi benda jatuh+jeritan spontan aku.. haha
Anak Papa dah jadi stunt girl hari ni..
Dia pulak boleh gelak-gelak lepas tu macam tak de apa-apayang berlaku..
Siap bersujud di sejadah..
Pastu duduk n tadah tangan berdoa..
Aminn..
Ape yang didoakan pun tak tau la.. hihi
Sabar aje la Aufiya oi..
Makin hari ade je aksi dan gelagat kamu..
Moga esok-esok tidak berulang lagi kejadian mcm tadi..
Nauzubillah!

Gambar selepas kejadian.. 
Drawer cabinet paras kepala si kenit itu lah yang hampir menghempap dia..
haihhh.. Aufiyaa.. Aufiyaa..

No comments:

Post a Comment