Monday, May 28, 2012

Cerita Kenduri Kawen



Semalam adalah kenduri kawen sepupu aku.. maka bertambahlahahli baru dalam keluarga sebelah mak.
Kami ke Maran, Pahang hari sabtu lepas iaitu kampung halamansi pengantin perempuan..
Mulanya memang tak plan langsung nak follow ke Maran..
Ingat nak attend kenduri sebelah lelaki jer di Kuala KubuBaharu..
Tapi dah dapat special request dari pengantin mintak buatkanhenna untuk dia,
 terpaksalah kami ke sana juga..
Pengantin dah sediakan chalet tempat kami bermalam.. Terimakasih Dya..
Selesa sangat walaupun separate with Dun.. huhu T_T
Sampai bilik, rehat-rehat kejap, malamnya pergi ke rumahDya..
Acara sebenar ialah melukis henna..
Tapi sebelum tu aku hantam dulu nasi and sup tulang 2pinggan! Dun pun same! Haha
Makan sambil didendangi Dikir Barat Life..tepi meja makan tuje dorang berkumpul..
Hehe.. memang happening kot kenduri keluarga kelantan ni..
Siap berdikir barat sampai ke tengah malam.. karut..jangantak karut!
Dah settle henna around 12am pun dorang tak habis berdikirlagi.. dahsyat!
Macam biasa, kesian sangat pada Dun and Aufiya kena tunggumama siap keje..
Huhu.. tertidur dalam kereta dua orang kesayangan itu..
Sedara mara yang lain semua dah balik chalet/homestaymasing-masing..
Paling kesian dengan Dun la.. dah la penat drive jauh-jauh..
Nasib malam tu dapat tido nyenyak sorang-sorang atas katil..hehe

Plan esoknye nak attend majlis nikah pengantin..
Majlis nikah 9 pagi..
Tapi tak dapat nak pegi sebab tak dan.. kikiki.. alasan takbleh blah punyer..
Aku bangun awal, tapi dah pegi breakfast di kedai pastungelat sampai singgah ke pasar 
tup tup dah pukul 8.45pg..
memang tak dan la nak bersiap..
Dun sorang je attend, Mama n Aufiya n Mak usu duduk je katchalet..huhu
Tapi tak pe, aku tak de pun korang dah selamat nikah. Alhamdulillah.
Tahniah newlyweds Pai & Dya.. ;)
Pasangan yang sama cantik, sama padan..
Dengan sekali lafaz Pai sah menjadi suami kepada Dya..
Baju Sanding korang memang terbaekk..
Aku suka gilerr! Paling suka baju Dya..
Electric Blue.. memang tengah in kot sekarang..
Jarang sangat nampak orang pakai tema baju kaler tu..
Jeless tengok baju Dya.. haha!
Pelamin cantik, makanan pun ok (serve je kurang ok..huhu)
Moga menjadi suami yang soleh dan menjaga isteri denganbaik.
Aku doakan korang berbahagia..
Jumpa lagi minggu ni untuk kenduri belah lelaki pulak..
Jumaat ni Majlis Nikah kakaknye si Pai pulak iaitu my bestcousin Nadia..
Kami rakan sebaya yang membesar suka duka bersama.. hehe
Tak sabar nak tengok si kurus kering tu jadi bini orang..
Btw, dorang akan bersanding bersama Sabtu nanti..
Dua beradik bersanding bersama..
Next entry insyaallah cerita pasal majlis belah Kuala Kubupulak..
Daaaa.. (bye bye versi Aufiya)


Henna by Amrina


Budak comot selsema idung tersumbat ;)

orang baru dapat kaki la katekann

 
Mama posing ngn budak comot peha drumstick

Time menunggu pengantin bersiap.. 

Baju pengantin yang sangat cantekk itu..
btw, pengapit lelaki ialah adik kepada pengantin perempuan iaitu Wan Zack Haikal
Kenal ayau tidak? tak kenal tidak mengapa.. ;)

Pelamin Avatar.. hehe

Makan beradap sopan santun..

bergambar kenang-kengangann.. 

Papa babysit Aufiya

Exclusive Henna by Amrina ;)

Tuesday, May 22, 2012

I am Proud of my Husband


Hasil kerja Dun tersiar di dalam berita malam semalam
Pagi ni pulak tersebar di akhbar-akhbar
Hasil kerja yang diberikan dalam tempoh satu hari itu cukup membanggakan
Hasilnya diguna pakai oleh menteri
Saya bangga dengan Awak..
Sedangkan..
Hari yang sama awak temankan saya pergi buat Henna
Masa yang sama tolong jagakan Aufiya..sampai terlena budak tu..
Then after settle teman saya henna, awak sambung buat kerja di ofis
Turn saya pulak temankan awak kerja
Aufiya pun sama-sama teman papa dia
Buat pertama kalinya anak dara itu tidur lewat dalam sejarah hidupnya
Mulut tak henti-henti membebel-bebel tak tentu makna
Berpaut merangkak di sekitar ofis
Menghiburkan papa dengan bebelannya. nyanyiannya, dan panggilan
“Papaa.. Mamaa..“ 
Mata mama tak boleh bertahan sangat malam tu
Tertewas juga secara tidak sengaja.. tertidur sambil menemani papa
Aufiya pula bagaikan baru dicharge penuh tenaga
Aktif dan excited explore kawasan ofis..
Kesian papa, dah la busy.. kena tengokkan si Aufiya lagi
Apela mama ni..boleh tertidur pulak..
Sorry Awak.. saya tasengaja..hehe ;)

Lebih kurang 2pagi kami balik
Di rumah papa sambung buat kerja lagi
Tidur adalah dalam 4jam, then bangun sambung buat kerja lagi
Esoknya di ofis masih buat kerja yang sama
Tengah hari dah kena submit kerja

Saya bangga dengan awak
Hasil penat seharian bertungkus lumus buat kerja
Kerja pun macam tak logic
Begitu banyak perlu dikira
Diberi masa cuma satu hari
Nasiblah awak dapat handle kerja tu
Awak dapat siap dalam masa yang ditetapkan
Hasilnya membanggakan diri awak jugak kan?
Saya pun turut berbangga dengan awak
You are my superhero ;)
Love Love Love
From Mama & Aufiya


Monday, May 21, 2012

Stunt Girl


Aufiya is 15month young today..
Happy Birthday my little girl..
Sempena hari meningkat usia saya hari ini
Pagi-pagi lagi saya telah berjaya meluruhkan jantung mama
Hari ini saya jadi STUNT GIRL!
Wooohooo!! Saya HEBAT!
Saya berjaya menahan drawer cabinet yang hampir terbalikdengan kedua belah tangan saya dan dada saya..
Anda mampu??
FUHH! Kuat kan saya??

Ok.. ceritanya begini..
Iron baju keje telah menjadi rutin harianku pagi-pagi..
Time tu around 7am..
Si kecik tu bangun awal sekarang..
Pukul 6am dah terbeliak biji mata..
Tengok mama takde kat katil, die pun dah tak sedap naktidur, mau bangun juga..
Dalam pukul 7am tu die dah segar bugar la..
Memang aku biarkan die main-main di drawer cabinet tu kalauaku tgh iron baju..
Biasanya dia akan bukak drawer satu per satu..
Drawer bawah ada baju kurung aku yg tak muat disangkut..
Kalau tak jumpa brush blusher ke, deodorant ke, bekascontact lens ke..
Carilah dalam drawer bawah sekali..
Selak-selak la sikit celah baju..
Memang dah disimpan baik oleh Aufiya kat dalam tu..
Drawer tengah ada baju Papa..
Dia tak berminat sangat baju-baju dalam tu.. hehe
Drawer first paling tinggi sama paras kepala dia..
Hanya mampu dibukak dan ditutup..
Dicapai-capai tangan dengan gigih untuk dapatkan barangmekap and accessories mama..
Tapi tak pernah berjaya..
Memang tak sampai..
Atas drawer pulak dia dapat capai hujung-hujung je..
Kadang tengah mekap dia bising la“maa..nakk..maa..maaa…nakk..”
Apa yang aku pegang mesti dia mintak..
Bila dah bagi, terus dia duduk n buat gaya macam tengahmekap.. ;)

Nak dijadikan cerita pagi tadi..
Tengah aku iron baju..
Ketiga-tiga drawer dibukaknya serentak oleh si kecik tu..
Ntah apa agenda dia aku tak tahu..
Tiba-tiba dia bangun berdiri mencapai drawer atas sekali..
Digenggam dan dipaut drawer itu..
PRANGGG!! Jatuh semua segala perfume, pasu yang ada atasdrawer..
Menyenget drawer cabinet tu!
Maybe sebab beban yang di tarik sebelah dia lebih berat..
Sampai nak terbalik cabinet tu..
Tapi nasib tak terbalik disebabkan ada stunt girl kitatengah menahan drawer daripada terbalik!
Hahahaha..
Jantung aku dah luruh dah masa tu..
Terketar-ketar tangan pegi menyambut drawer cabinet..
Dijauhkan stunt girl dari kawasan kejadian..
Kutip semua benda yang bertaburan..
Terlupa yang aku tengah iron tadi!
Cantik je iron yang dipasang ke level paling max tu terdiamje di atas baju kurung aku..
Waaaaa…! Nasib tak hangus!
Mujurlah semua berlaku sepantas kilat..
Papa yang tengah mandi pun terus keluar dari toilet sebabterdengar bunyi benda jatuh+jeritan spontan aku.. haha
Anak Papa dah jadi stunt girl hari ni..
Dia pulak boleh gelak-gelak lepas tu macam tak de apa-apayang berlaku..
Siap bersujud di sejadah..
Pastu duduk n tadah tangan berdoa..
Aminn..
Ape yang didoakan pun tak tau la.. hihi
Sabar aje la Aufiya oi..
Makin hari ade je aksi dan gelagat kamu..
Moga esok-esok tidak berulang lagi kejadian mcm tadi..
Nauzubillah!

Gambar selepas kejadian.. 
Drawer cabinet paras kepala si kenit itu lah yang hampir menghempap dia..
haihhh.. Aufiyaa.. Aufiyaa..

Wednesday, May 16, 2012

Aufiya's Development


Alhamdulillah..
Minggu depan genaplah usia Aufiya 15bulan.. (1 tahun 3 bulan)
Sebelum mencecah usia itu dia sudah menunjukkan aksi terbaru
Sehingga menitiskan air mata gembira Papa and Mama
Tak henti-henti kami mengukirkan senyuman
Melihat Aufiya mula menapak lebih dari 5,6 langkah!
Terharu rupanya melihat anak boleh berjalan
Perasaan gembira teramat sangat!
Aufiya pun macam enjoy dengan perkembangan diri sendiri
Setiap kali cuba bertatih, setiap kali itu lah dia ketawa
Paling tak tahan, siap ada sound efek “woo..woo..woo..” time dia tengah tak stabil tu
Kelakar la anak mama ni.. ;p
Nampak jugak la semangat dia nak berjalan tu..
Banyak kali jugak dia bangun nak berjalan
Baru dua hari lepas aku perasan dia mula lepas-lepas tangan berdiri
Tiba-tiba semalam dah menapak
Nak rekod aksi die..tapi faham-faham ajelah budak-budak ni kan..
Time kite nak rekod tu la die tak mo tunjuk skill die
Esok-esok cuba lagi
Mama takmau terlepas peluang terindah itu! Ceewah! Haha..
Baru boleh berjalan je pun.. Anak orang lain dah berlari dah..
Ok, back to basic.. every baby is different. All babies are different.
Tak boleh nak samakan anak orang dengan anak kita. ;)
Aku cukup berpuas hati dengan perkembangan Aufiya..
Meniarap masa umur 4 bulan..
Rolling over masa 5 month..
Tarik dada (move fwd) 7 month and after 2 days terus merangkak.. (2 hari je tarik dada)..
Duduk dengan stabil 8 month..
Berjalan 14 month..
Alhamdulillah.. Aufiya tak skip satu pun step tumbesaran sebagai seorang baby normal ;)

Bercakap..
Buat masa ni Aufiya takdelah pandai cakap pun
Aku perasan dia ni agak pendiam dari lahir
Jarang la dia bubbling, make sound, bising-bising
Ikut mood.. terlalu berharga masa itu kalau dia bebel-bebel, bunyi-bunyi
Terhibur la sekejap
Dia lebih suka main toys dengan bersungguh-sungguh
Ralit betul kalau dapat main
Tapi sejak 10 bulan, dia mula bising-bising cakap bahasa dia yang sukar difahami oleh manusia normal.. kekeke
First word, ‘MAMA’. (Masa umur dia 7 bulan.)
Hari-hari sebut mama mama mama..
Then second word is ‘MAMAM’. Dekat-dekat je bunyinye kan..
Dah lama sikit baru pandai sebut ‘PAPA’
Tapi bila dah pandai sebut ‘papa’ lupa pulak sebut ‘mama’
Asik panggil “PAPA” jeee… kadang mama pun jadi ‘papa’.. hihi
Sekarang ni dia ada penyakit M.. bukan penyakit MALAS.. tapi sebutan panggal perkataan mula dengan M.
Papa pun dia dah panggil “Mama” mama pun “Mama” jugak..
Ball dia sebut “Mall” haha
No No No dia sebut “Mo Mo Mo”
Aiyoo.. kelakar jadinye… ;p
Jangan ada words lain semua nak sebut bunyi M sudah..
Oh lupa.. aufiya sukkaaa sangat buat bunyi cat “meow..meow..meow..” suara halusss je mcm bunyi cat betul.. haha

Aufiya ni bab bercakap belum nampak lagi la
Tapi dia dah banyak mengenal benda, n faham apa kita cakap
Macam nose, mata, tangan, kaki, salam, kiss, sayang (hug), muahh (flying kiss), bear, frog, tiger (dia akan buat bunyi “Aummm”), susu, nenen (word paling bahaya. Sebut je terus merengek2 kt mama), cantik (tunjuk baju, pegang pipi sambil buat muka perasan), rambut, jom (time ni dia hulur kepala nak pakai headband/topi..maknanya nak keluar berjalan), shoes, hot (time mama iron baju, dia akan nangis kalo dengar ‘hot’ ni..hehe), batuk (sambil tepuk dada-macam orang tua), menguap (sambil tutup mulut), hello (letak hp kt telinga), naik push car dia akan buat bunyi “vroom..vrooommmm…”, kalau die kentut dia akan buat2 terkejut sebut “hohh..hohh”.. haha.. kesimpulannya Aufiya ni agak funny orangnya..
Banyak lagi yang die faham tapi xleh nak capture.. ;)
Maybe sama saja dengan kebijakan baby lain..
Semua ini cukup menghiburkan kita as parent kan??
Seronoknya tengok anak membesar..

Wordless Wednesday

Cuba teka Aufiya tengah buat apa..
Hehe..
Ini memang gaya fav dia..
:)


Tuesday, May 15, 2012

Istimewa

Istimewanya Aufiya memiliki nenek dan opah yang istimewa. Nenek Aufiya bisu. Begitu direct ayat aku. Tapi, hakikatnya begitulah.. My MIL tidak boleh bercakap dan tidak mendengar. Lebih kurang juga dengan ibu kandung aku.

Mak aku sendiri pun kurang pendengaran. Tapi, tidaklah bisu. Boleh bercakap. Mak mendengar dengan alat bantuan pendengaran. Tanpa alat itu, dia seolah-olah pekak. Bisiklah sebelah telinga pun dia takkan dengar. Dah lama mak tak berapa dengar. Seingat aku, masa aku kecik-kecik dulu pendengaran mak ok lagi. Tapi makin lama. makin meningkat usia, mak makin tak mendengar. Memang kami adik beradik kena cakap kuat-kuat dengan mak. Orang yang tak biasa/tak kenal siapa mak kami, mesti pelik dengar kitorg cakap dengan mak. Macam kurang ajar je cakap dengan mak terpekik, macam tengking. Hakikatnya, bukanlah kami sengaja berbuat demikian. Kalau cakap slow-slow, memang mak tak dengar. My husband sendiri pun agak terkejut dengar aku cakap dengan mak. Sampai ditegurnya lain kali cakap la baik-baik dengan mak. Bunyi memang sangat kasar. Yela..korang cuba cakap jerit-jerit, kuat-kuat dengan mak korang. Macam kurang ajar kan.. Tapi, kami terpaksa, dan dah terbiasa.

Mak mertua memang cacat pendengaran. Dun memang mahirla berbahasa isyarat. Aku terkial-kial juga kalo nak berborak dgn Mama (mil). Mujur dia pandai baca pergerakan mulut. Boleh la cakap or borak sikit-sikit. Kalau faham, ok la.. Kalau tak faham, itu yang susah.. kena mintak Dun tolong cakapkan. huhu.. Tapi, aku kurang bercakap or bercerita dengan Mama. Risau salah cakap, atau dia tak faham apa yang aku cakap. Baiknya aku berdiam sahaja. Mama sangat sensitif. Kadang tu kita cakap lain, tapi lain pulak yang dia faham. So, bila nak bercakap, kena berhati-hati. Kalau berjauhan, kami SMS je. SMS pun kena susun ayat betul-betul, baik-baik supaya dia faham. hee ;)

Aufiya seolah-olah faham yang nenek dia bisu. Apa yang kami perasan, dia membuat aksi pergerakan tangan bila berinteraksi dengan nenek. Kelakar sangat. Anak sekecil itu mengerti cara berinteraksi dengan neneknya yang bisu. Di gerak-gerakkan tangan, jari, bila nak cakap something dengan nenek. Siap gerak-gerak kepala mimik muka semua. Ya Allah..sungguh bijak anak kecil aku itu. Walaupun dia memang belum mengerti apa-apa. Dengan aksinya begitu, membuatkan si nenek mengalir air mata. Tak tahu lah sedih ke, terharu. Mungkin tersentuh hati kerana cucunya yang belum tahu bercakap pun mengerti keadaan dirinya begitu. Maka, nenek pun ajarla Aufiya sign seperti Papa, Mama, Kerja, Makan. Yang simple-simple saja. Memang Aufiya ikut. Tapi dengan cara dia la. Terkekek-kekek kami ketawa tengok gelagat dia. Tiba2 aku terbayang, macam ni la kot Dun belajar sign kecik-kecik dulu. comel sgt!


macam ni la contoh sign untuk 'PAPA'. Tapi Aufiya tak buat exactly macam ni pun. Jari terlunjuk dicucuknya menghala ke mata. haha.. Cuba banyak kali pun, banyak kali la dia cucuk mata. Yang kelakarnya dia cuba buat, tapi tak menjadi. At least dia mencuba. Kecik lagi pun nak belajar sign. huhu.. Sign untuk 'MAMA' sama jugak, cuma halakan tangan di dagu. Yang ni, dia cucuk pipi. huhu.. Nenek ajar jugak sign 'KERJA'. Sepatutnya buat macam penumbuk kedua-dua tangan dan lagakan (macam tom tom bak tuuu) tapi kan..Aufiya buat macam dalam gambar kiri, bawah ni.. hahaha.. Cuba lagi yer sayang.. Dah pandai sign nanti, boleh borak dengan nenek. Boleh faham cakap nenek.


Aufiya macam ada instinct dengan orang istimewa ni. My cousin bisu juga. Dia merangkap Pakcik Aufiya la (Pak Ngah Aiman). Dia anak Mak Usu aku yang mengasuh Aufiya. He is her favorite man. Memang dari Aufiya kecik lagi dia sangat suka dengan Pak Ngah dia ni. Dalam ramai-ramai orang yang kerumun dia, dia akan pilih Pak Ngah dia. Suka sampai tersengih-sengih, excited, lompat-lompat, jerit-jerit kalau nampak pak ngah ni. Kalau Pak Ngah tak nak amik/dukung dia pun, dia akan pergi sendiri kat Pak Ngah. Sabarr ajela. Kami pun pelik apa la yang Aufiya nampak pada dia. Mama and Papa kalah okeyy kalo ada Pak ngah. Haishh.. Kalau Pak Ngah lalu depan rumah pun, terkinja-kinja, terjerit-jerit la anak dara ni sebab terlalu seronok. Rugi tak rekod aksi excited dia tu dulu. Sekarang ni sejak dah setahun, kami perasan Aufiya mula interksi dengan pak ngah sama macam dia interaksi dengan nenek. Maknanya si kecil ni faham, dua insan dalam hidup dia ni istimewa. Subhanallah.. Memang dengan nenek dan pak ngah Aiman saja dia akan buat aksi sign (angkat tangan, pusing-pusing) seolah-olah dia memang dia sedang cuba berinterksi dengan mereka. Pak ngah mampu tergelak jela dengan aksi dia tu. Memang kami semua terhibur dengan aksi Aufiya.

Sekarang ni kalau tanya dia 'mana Papa?' dengan niat kita nak dia tunjuk papa kat mana la kan.. Tapi, dia pi buat 'sign PAPA' la pulak.. haha.. Kali ni tak cucuk mata dah.. Dia buat sign tunjuk ke dahi. Sabar aje la.. Lain pulak pemahaman dia. Sudah confuse ini budak. hihihi.. Anak orang lain pun yang sebaya Aufiya mesti boleh pandai sign sikit-sikit kalau berada dalam environment family macam kami ni. Aufiya kira special case la. Aufiya dah cukup membuatkan mama n papa terhibur dengan aksi-aksi comel Aufiya setakat ni. there is more to come. Hope anak mama tak belajar ajaran sesat sudah. hihi.. Belajar benda yang baik-baik supaya boleh jadi bijak jadi cerdik. Cuma part berjalan je tak boleh-boleh lagi. Masih mencuba. Baru mula lepas-lepas tangan. Itu pun jangan ada sesiapa ternampak/tegur, automatik dia duduk laju-laju. Sekarang ni aku biarkan saja dia main sorang-sorang. Ke sana ke mari dengan toys dia, push car, pre-walker, basikal dia.. Aku perhatikan saja. Semalam ada la selangkah dua dia macam berjalan lepas tangan. Tergelak kecil dalam hati aku masa tu. Seronok rupanya tengok anak mula berjalan! *proud mama ;)

Sunday, May 13, 2012

Intagram

woot woot!
heheh..
aku memang sangat gilakan instagram sekarang ni
sehari kalo tak upload satu gambar rasa cam tak complete
walaupun penuh gambar Aufiya je dalam tu ;)

instagram boleh buat gambar yang tak cun jadi cun
yang cool bertambah cool!
and snap pi lah gambaq apa pun, sure takda sapa kesah
sapa suka, boleh follow, siapa kita rasa annoy, just leave it with her 'perasan' life! 
boleh Unfollw ajer..
hehe..

tapi, lebih cool kalau ada real instagram camera macam ni kan..!
comelnyaaaa!
nak satu....






* ( Sumber gambar : disini ) *


My Instagram
baru ada 68 follower
;)